Kata ‘analisa’ banyak sekali digunakan orang walaupun sebenarnya tidak tepat atau tidak gramatis. Kata ‘analisa’ ini sepatutnya digantikan dengan kata ‘analisis’.
Maksud kata ‘analisis‘ ialah penghuraian sesuatu ( keadaan, masalah, persoalan.. ) untuk mengetahui pelbagai aspek secara terperinci …
Contoh ayat:-
- Analisa keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan ada sedikit peningkatan. X
- Analisis keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan ada sedikit peningkatan. √
- Sekumpulan pelajar sedang menganalisis hasil dapatan sains yang baru ditemukan. √
- Sekumpulan pelajar sedang menganalisa hasil dapatan sains yang baru ditemukan. X