Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15.

I   Ali mencongak untuk menyaksikan pertunjukan bunga api itu.

II  Murid pintar itu menyelesaikan masalah Matematik itu dengan mencongak saja.

III  Setelah melihat Amin tersenyum gembira, ayah dapat mencongak bahawa dia telah lulus ujian.

IV  Sarjan Abu mencongak kisah perjuangannya menentang komunis pada masa lalu.

A   I, II dan III     √

B   II, III dan IV   X

C   I, II dan IV    X

D   I, III dan IV    X

Perkataan ‘mencongak’ membawa maksud:-

  • menghitung dalam kepala saja
  • mendongak (mengangkatkan kepala)
  • mengagak, menduga

JADI berdasarkan maksud kata mencongak di atas, maka jawapan bagi soalan 15 di atas ialah A.

Advertisements