19. Mekanik itu sedang memperbaiki perisian komputer yang rosak itu.

  • Frasa memperbaiki perisian komputer di atas salah;
  • Kesalahannya berlaku pada kata memperbaiki;
  • memperbaiki berasal daripada kata adjektif (KA) ‘baik’;
  • Harus diingat bahawa proses pengimbuhan yang melibatkan kata adjektif (KA) perlu diberikan perhatian;-
  1. awalan berangkap ‘memper  + KA > tidak boleh diikuti akhiran ‘i’ atau ‘kan’
  2. awalan berangkap diper  + KA > pun tidak boleh diikuti akhiran ‘i’ atau ‘kan’

CONTOH:-

  1. memper  + indah    > memperindah BUKANNYA memperindahkan / memperindahi
  2. diper  + lebar   > diperlebar BUKANNYA diperlebarkan  / diperlebari
  3. memper  + baik   > memperbaik BUKANNYA memperbaiki / memperbaikkan
  4. diper  + baik   > diperbaik BUKANNYA diperbaiki  /  diperbaikkan
Advertisements