Masyarakat Melayu amat gemar menggunakan ayat songsang dalam percakapan mereka seharian. Tujuan mereka berbuat demikian biasanya adalah untuk memberikan penegasan. Lihat contoh ayat di bawah:-

  1. Ali  /  sedang belajar. ( Dalam ayat ini, ‘Ali’ diberikan tekanan )
  2. Sedang  belajar  /  Ali. ( Dalam ayat 2 pula, jika hendak diberikan                                                             tekanan kepada ‘ sedang belajar’ maka frasa itu                                                     hendaklah dikedepankan).

Ringkasnya, bentuk ayat (1) ialah ayat biasa dan ayat (2) ialah ayat songsang.

  • Ayat biasa   = Subjek   +  Predikat
  • Ayat songsang  =  Predikat  + Subjek
  • Ali  /  sedang belajar.
  1. Ali ialah subjek
  2. sedang belajar ialah predikat
  • Ali sedang belajar.  > Ayat biasa
  • Sedang belajar Ali.  > Ayat songsang
About these ads