Ada lagi soalan yang sebegini diajukan kepada penulis. Begini penulis nak tanya, yang manakah yang betul bagi frasa di bawah ini?

  • pemanas air atau pengair panas  ??
  • penyejuk badan atau pebadan sejuk  ??
  • pengepam udara atau pengudara pam  ??
  • pencair darah atau pendarah cair  ??

Macam mana?  Sudah tentu yang betulnya ialah…

  • pemanas air
  • penyejuk badan
  • pengepam udara
  • pencair darah

JADI  samalah juga dengan frasa di atas. Yang betulnya ialah pendingin hawa.