Archive for Julai 4, 2009


Kerana manisnya epal…?

Binaan plot:-

  • Permulaan;-
  1. Mazlina menikmati keindahan musim panas di kebun epal.
  • Perkembangan;-
  1. Buchanan menentang usaha Gabenor yang mahu mengambil ladangnya.
  • Klimaks;-
  1. Yvonne bertindak menggunakan senapang untuk mempertahankan ladang epal Buchanan.
  • Peleraian;-
  1. Buchanan berjaya mempertahankan ladang epalnya.
Kebun khurma.. bukannya epal!

Kebun khurma.. bukannya epal!

Binaan plot:-

  • Permulaan;-
  1. Annyss Sophillea turun ke bumi mencari Eyrique Etiqaz dan dia berkenalan dengan Akmal.
  • Perkembangan;-
  1. Konflik berlaku apabila  Annyss dipujuk oleh Strenn supaya berkahwin dengannya tapi Annyss menolak.
  • Klimaks;-
  1. Pertarungan antara Eyrique dengan Strenn dan Akmal telah menembak Strenn.
  • Peleraian;-
  1. Berusaha memulihkan Akmal.
Adakah ini Eyrique?

Adakah ini Eyrique?

  • berangkat maksudnya bertolak, pergi…
  1. Sultan Mansyur akan berangkat ke kota Singapura.
  • beradu maksudnya berehat, tidur…
  1. Permaisuri sedang beradu di kamar peraduan.
  • bersemayam maksudnya mendiami, menduduki, tinggal…
  1. Raja Kelantan bersemayam di istana Kubang Kerian.
  • berkenan maksudnya bersetuju, …
  1. Baginda berkenan untuk menganugerahi pembesar itu pingat kebesaran.
  • bertitah maksudnya memerintahkan, berucap, …
  1. Maka raja pun bertitah kepada segala menteri.
  • gering > uzur/sakit
  • dukacita > sedih
  • hari keputeraan > hari jadi
  • peterana > tempat khas untuk orang berpangkat
  • peraduan > tempat beradu
  • murka > marah

    Maksud:-

    • mempersuami  ialah menjadikan seseorang itu suami

    Contoh ayat:-

    1. Aminah telah mempersuami Hassan, seorang pekerja bawahannya. √
    2. Ayah mempersuami anak perempuannya.  X

    Maksud:-

    • mempersuamikan  ialah menjadikan seseorang itu bersuami

    Contoh ayat:-

    1. Ayah akan mempersuamikan anak gadisnya dengan lelaki bandar. √
    2. Ayah akan mempersuamikan lelaki bandar.  X

    Dalam bahasa Melayu, terdapat 2 golongan kata majmuk:-

    • kata majmuk yang dieja terpisah;
    • kata majmuk yang dieja rapat;

    Kebanyakan kata majmuk diejakan secara terpisah, cuma segelintir sahaja kata majmuk yang dieja secara bercantum / rapat. Contohnya:-

    1. setiausaha
    2. tanggungjawab
    3. matahari
    4. kerjasama
    5. warganegara
    6. jawatankuasa
    7. sukacita
    8. dukacita
    9. beritahu
    10. pesuruhjaya
    11. suruhanjaya
    12. dinihari
    13. perikemanusiaan
    14. haribulan
    15. daripada
    16. kepada
    17. peribadi
    18. olahraga
    19. manakala
    20. padahal
    21. bagaimana
    22. apabila
    23. barangkali
    24. peribahasa
    25. tandatangan
    26. kakitangan
    27. sukarela
    28. bumiputera

    Dalam soalan 3(a), BM Kertas 2 SPM, kerap kali calon diminta menulis ayat dengan menggunakan kata kerja yang tidak berimbuhan. Biasanya ramai calon yang gagal. Lihat contoh ayat yang menggunakan kata kerja ‘tolak’ di bawah:-

    • tolak
    1. Saya sedang tolak meja yang berat itu.    X

    ( Dalam ayat aktif transitif, sepatutnya kata ‘tolak’ perlu diberikan                             imbuhan me-, tetapi tidak dibenarkan!).

    Untuk menyelesaikan masalah seperti di atas, calon-calon disarankan agar membina ayat pasif atau ayat perintah bagi kata ‘tolak’ itu. Lihat contoh di bawah:-

    1. Meja yang berat itu telah saya tolak.  – Ayat pasif.
    2. Tolong tolak meja yang berat itu.  – Ayat perintah.

    JADI, kita dapat membina ayat ‘tolak’ tanpa menambahkan imbuhan dengan betul apabila kita membina ayat pasif atau ayat perintah.