Archive for Julai 5, 2009


Kata di atas tergolong dalam kosa kata luas dan amat menarik jika diaplikasikan dalam setiap penulisan.

Maksud kata:-

  • wacana    > perbincangan / pertukaran idea secara lisan
  • wadah    > alat, medan, saluran
  • waadat    > perjanjian
  • wahana    > saluran,perantaraan
  • waima    > sama ada, walaupun
  • wakalaf    > perwakilan
  • walang    > bersedih, dukacita, khuatir

Teliti ayat di bawah ini;-

  • (a) Dewasa ini ramai orang mengidap penyakit selesema babi.
  • (b) Dewasa ini ramai orang menghidap penyakit selesema babi.

Kata mengidap / menghidap sering digunakan, tapi adakah kedua-duanya betul?

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, kata ‘idap’ ialah kata Jawa yang bermaksud bulu mata. Manakala kata ‘hidap’ pula bermaksud menanggung / terkena sesuatu penyakit.

JADI, di sini jelas bahawa ayat (a) sebenar SALAH; Tidak wujud sama sekali perkataan mengidap dalam bahasa Melayu.

Apa khabar semua?

  • Cikgu harap anda semua sihat dan bersedia untuk P & P sebentar nanti. Tengah hari ini P & P kita akan menggunakan blog cikgu sebagai media perbincangan.
  • Semua pelajar diminta untuk mengambil bahagian secara aktif.
  • Pastikan pelajar mencatat nota pelajaran yang penting.

Pada pukul 12.18 penulis ada menerima panggilan daripada Cikgu Mariana, SMK. Dato’ Ismail menanyakan tarikh dan masa yang sesuai bagi mengundang penulis untuk program ceramah bahasa di sekolahnya.

Penulis mencadangkan tarikh 25 Julai, hari Sabtu: jam 9.00 pagi. Pada penulis, waktu petang selepas persekolahan pagi adalah tidak beberapa sesuai kerana masa yang akan suntuk dan pelajar pun sudah keletihan.

Terima kasih kerana mengundang …

Penulis baru tadi mendapat panggilan daripada guru SMA Cbg. 4. Beliau mempelawa penulis untuk menjadi penceramah BM PMR di sekolahnya pada 19 Julai 2009, pukul 3.30 petang.

Penulis tidak ada apa-apa halangan, jika tidak bertembung dengan program penulis yang lain.

Bawang putih (Allium sativum) tergolong dalam keluarga Liliaceae dapat menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit kronik, antaranya;-

  • Tekanan darah tinggi ( Bahan allicin dapat meregangkan saluran darah dan pengumpalan platlet darah ).
  • Masalah pernafasan ( Berkesan merawat lelah, bronkitis; eter dapat melarutkan mukus dalam sinus, paru-paru ).
  • Kencing manis ( Berupaya meningkatkan metabolisme karbohidrat / gula ).
  • Permasalahan wanita ( Berupaya merangsang pengeluaran haid, penawar kepada radang uterus ).
  • Tahap kolestrol ( Berupaya mengurangkan kolestrol dalam tubuh melalui tindakan fitokimia ).
Hidup sihat anugerah berharga

Hidup sihat anugerah berharga