Kata kerja transitif (KKT) ialah kata kerja yang mesti hadir bersama-sama objek iaitu kata nama (KN).

  • KKT —-> Objek (KN)

Contoh:-

  1. menjala ikan.
  2. menendang bola.
  3. mendapat hadiah.
  4. menulis surat.

JADI salah jika ayat ditulis begini;-

  1. Nelayan itu menjala banyak ikan.
  2. Azim menendang dengan kuat bola itu.
  3. Aliya mendapat sedikit hadiah.
  4. Ariesya menulis semula surat.

Jenis kata selepas KKT dalam ayat di atas iaitu ‘banyak’, ‘dengan’, ‘sedikit’, ‘semula’ bukannya objek (KN).

Ingat, selepas KKT mestilah diikuti dengan objek (KN).

Advertisements