Kata kerja tak transitif (KKTT) ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat walaupun tanpa objek (KN).

  • KKTT ==> Kata sendi (KSN) ==> Objek (KN)

Contoh;-

  1. bercerita tentang pengalaman
  2. balik ke kampung
  3. berbincang mengenai isu-isu politik

JADI salah jika ayat ditulis begini;-

  1. Amin bercerita pengalamannya.
  2. Dia balik kampung.
  3. Mereka berbincang isu-isu politik

Sepatutnya selepas KKTT ‘bercerita’, ‘balik’, dan ‘berbincang’ mestilah diikuti dengan kata sendi nama (KSN) dahulu, sebelum objek.

Advertisements