Archive for Julai 8, 2009


Tanggal 8 Julai 2009, jam 3.15 – 5.15 telah berlangsung Klinik PMR Bahasa Melayu di SMK. Kamil. Penulis amat berbesar hati atas sambutan dan minat yang terpamer dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah berkenaan. Secara jujur penulis mengakui program pada petang itu merupakan salah satu yang paling berjaya.

Keadaan disiplin pelajar yang amat baik memberikan semangat yang lebih kepada penulis untuk menjayakan program tersebut. Tahniah pelajar-pelajar F3 SMK. Kamil dan sekalung terima kasih buat guru-guru.

Juga maaf dipinta jika terdapat kekurangan penulis dalam melaksanakan amanah itu.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Azemi♥

Tanggal 8 Julai 2009 merupakan tarikh pemulihan maruah buat bahasa Melayu yang dicintai. Semoga tidak lagi dicabul oleh tangan-tangan yang buta sejarah dan hilang pedoman.

8 Julai 2009, ….. Selamat tinggal PPSMI

Tarikh keramat buat bahasa kita,

Setelah lama diinjak pendusta,

Setelah lama dilontar ke muara duka,

Setelah lama diganyang tangan hitam yang tak tahu apa-apa,

……………. Kini, bahasa kita kembali bersila di persada bangsa,

Menjadi tatangan manusia yang ikhlas lagi wibawa,

Menjadi wahana bicara perdana,

Menjadi wacana menjana maruah kita,

Bahasa kita, … sepatutnya ditatang, dipelihara.

Penulis.

Bersyukur kepada Allah

Bersyukur kepada Allah

Seperti yang kita maklum, antara fungsi penggandaan adalah untuk menunjukkan jumlah yang banyak atau jumlah yang lebih daripada satu. Amat tidak munasabah jika proses penggandaan ini juga kita gunakan pada kata tertentu yang sudah membawa maksud banyak seperti air, angin, dan lain-lain.

Contoh penggandaan yang SALAH:-

  • udara-udara
  • angin-angin
  • pasir-pasir
  • asap-asap
  • awan-awan
  • minyak-minyak
  • air-air
  • gas-gas

Kata sendi nama (KSN) daripada membawa fungsi berikut:-

  • asal usul kejadian
  1. Manusia dijadikan daripada segumpal darah.
  • unsur abstrak
  1. Daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis,  kes jenayah itu berjaya diselesaikan.
  • perbandingan
  1. Dia lebih bijak daripada saya.
  • sebahagian
  1. Satu perdua daripada wang gajinya disimpan di bank.
  • orang
  1. Dia mendapat pujian daripada jurulatihnya.