Archive for Julai 9, 2009


Novel Kanang…?

  • Latar masa:-
  1. Februari 1963:   Kanang terlibat dalam usaha membanteras                                                           pemberontakan di Brunei.
  2. 25 Mei 1965:       Kanang mendirikan rumah tangga dengan Helen Latai
  3. Mei/Jun 1979:   tentera di hutan Korbu, Perak ke atas Unit                                                             Penggempur ke-5 pimpinan Nam Yat.
  4. Feb 1980:             Gerakan di Tanah Hitam, Perak, Kanang mengalami                                           kecederaan parah di perut dan di dada.
  • Bertemakan sikap pendendam yang membawa padah kepada manusia
  • Antara persoalannya:-
  1. tindakan terburu-buru yang membawa padah
  2. sikap amanah menunaikan tanggungjawab
  3. penyamaran untuk mengalahkan musuh
  • Watak
  1. Laksamana (adik Seri Rama) : penyayang, amanah, sukar digoda
  2. Sura Pandaki (adik Maharaja Rawana): pendendam, terburu-buru
  3. Maharaja Rawana (abang Sura Pandaki): pendendam, zalim
  4. Sita Dewi (isteri Seri Rama): Ipar Laksamana, cantik, mudah terpengaruh
  • Latar tempat
  1. di dalam hutan
  2. di langit
  3. rumah Sura Pandaki
  4. rumah Seri Rama
  • Latar masa
  1. Zaman peralihan Hindu-Islam
  • Latar Masyarakat
  1. masyarakat yang suka berdendam
  2. masyarakat yang memiliki kuasa sakti / hikmat
  3. masyarakat yang suka membantu dan bertanggungjawab
  • Bertemakan kasih sayang antara seorang budak dengan haiwan peliharaan
  • Antara persoalan:-
  1. kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak
  2. kesedaran masyarakat terhadap pendidikan
  3. kepercayaan karut dalam masyarakat
  4. mengutamakan kepentingan diri sendiri
  • Watak
  1. Junid (anak bongsu Mohsin dengan Musalmah)
  2. Pusaran
  3. Mohsin (ayah Junid)
  • Latar tempat
  1. rumah Mohsin
  2. kandang Pusaran
  3. rumah Datuk Junid
  4. padang Gunung Nibung
  • Latar masyarakat
  1. masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan penternak
  2. masyarakat yang mengabaikan kepentingan pendidikan
  3. masyarakat yang masih percaya kepada perkara-perkara karut
  • menulis ringkasan melebihi 80 patah kata;
  • isi yang dikemukakan cukup iaitu minimum 5 tetapi tidak lengkap atau isi yang asal telah diubah;
  • penggunaan penanda wacana yang tidak sesuai;
  • terdapat banyak kesalahan bahasa seperti ejaan, tatabahasa;
  • tidak menulis jumlah patah perkataan.

Kata dasar bagi kata di atas ialah ‘tempat’. Tapi apabila mengalami proses pengimbuhan, sesuatu kata itu biasanya akan mengalami perubahan dari segi makna.

Maksud kata ‘penempatan’ ialah proses menempatkan atau memindahkan;

Maksud kata ‘petempatan’ pula ialah kawasan atau tempat / lokasi yang baru dibuka’

Contoh ayat:-

  • Proses penempatan mangsa banjir ke kawasan selamat berjalan lancar.
  • Penulis pernah bertugas di kawasan petempatan orang Iban.

Kebiasaannya proses pengimbuhan terhadap kata pinjaman tidak akan mengubahkan bunyi sebutan asal kata penjaman tersebut. Hal ini demikian berlaku apabila huruf depan sesuatu kata pinjaman itu akan dikekalkan. Contohnya:-

  • sabotaj  > mensabotaj bukannya menyabotaj
  • proses  > memproses bukannya memeroses
  • tadbir  > mentadbir bukannya menakbir ..

Walau bagaimanapun, terdapat juga kata pinjaman yang melalui perubahan huruf depan apabila menjalani proses pengimbuhan. Hal ini demikian hanya melibatkan sejumlah kecil sahaja.

Contoh:-

  • telefon (BI) >  menelefon bukannya mentelefon
  • telaah (BA)  > menelaah bukannya mentelaah
  • fikir (BA)  >  memikirkan  bukannya memfikirkan
  • kelas (BI)  >  mengelaskan  bukannya mengkelaskan
  • setem (BI)  >  menyetemkan  bukannya mensetemkan
  • sebab (BA)  > menyebabkan  bukannya mensebabkan