Kebiasaannya proses pengimbuhan terhadap kata pinjaman tidak akan mengubahkan bunyi sebutan asal kata penjaman tersebut. Hal ini demikian berlaku apabila huruf depan sesuatu kata pinjaman itu akan dikekalkan. Contohnya:-

  • sabotaj  > mensabotaj bukannya menyabotaj
  • proses  > memproses bukannya memeroses
  • tadbir  > mentadbir bukannya menakbir ..

Walau bagaimanapun, terdapat juga kata pinjaman yang melalui perubahan huruf depan apabila menjalani proses pengimbuhan. Hal ini demikian hanya melibatkan sejumlah kecil sahaja.

Contoh:-

  • telefon (BI) >  menelefon bukannya mentelefon
  • telaah (BA)  > menelaah bukannya mentelaah
  • fikir (BA)  >  memikirkan  bukannya memfikirkan
  • kelas (BI)  >  mengelaskan  bukannya mengkelaskan
  • setem (BI)  >  menyetemkan  bukannya mensetemkan
  • sebab (BA)  > menyebabkan  bukannya mensebabkan
Advertisements