Kata dasar bagi kata di atas ialah ‘tempat’. Tapi apabila mengalami proses pengimbuhan, sesuatu kata itu biasanya akan mengalami perubahan dari segi makna.

Maksud kata ‘penempatan’ ialah proses menempatkan atau memindahkan;

Maksud kata ‘petempatan’ pula ialah kawasan atau tempat / lokasi yang baru dibuka’

Contoh ayat:-

  • Proses penempatan mangsa banjir ke kawasan selamat berjalan lancar.
  • Penulis pernah bertugas di kawasan petempatan orang Iban.
Advertisements