Archive for Julai 11, 2009


Penulis ada mendapat undangan untuk menyampaikan ceramah BM PMR di SMA Meheliah pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari Jumaat. Waktunya belum penulis pasti lagi. Penulis telah beberapa kali mengendalikan program ceramah di sekolah ini dan harapan penulis pada kali ini semua yang diatur akan berjalan dengan lancar.

Penulis sedang menunggu pengesahan daripada pihak urus setia sekolah tersebut.

11 Julai 2009, jam 3.30 – 5.30 petang: Penulis berada di dewan makan asrama SMKA Lati bagi menjayakan program ceramah BM PMR. Majlis kedua selepas di SMK Kedai Buloh ini berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah teknik. Pada petang tersebut, penulis tidak dapat menggunakan laptop dan LCD kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Keseluruhannya majlis ilmu yang diadakan itu amat berjaya dan penerimaan pelajar amatlah positif.  Terima kasih cikgu-cikgu dan selamat maju jaya buat pelajar SMKA Lati.

11 Julai 2009, jam 8.30 – 10.30: Penulis telah bersama-sama pelajar PMR SMK. Kedai Buloh dalam majlis ceramah BM PMR. Majlis berjalan lancar dan semua pihak sama ada guru-guru dan pelajar memberikan kerjasama yang amat baik.

Penulis berasa seronok kerana berpeluang menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah lama penulis sendiri. Ibarat ikan pulang ke lubuk, pada pagi tersebut.

Terima kasih.