11 Julai 2009, jam 3.30 – 5.30 petang: Penulis berada di dewan makan asrama SMKA Lati bagi menjayakan program ceramah BM PMR. Majlis kedua selepas di SMK Kedai Buloh ini berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah teknik. Pada petang tersebut, penulis tidak dapat menggunakan laptop dan LCD kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.
Keseluruhannya majlis ilmu yang diadakan itu amat berjaya dan penerimaan pelajar amatlah positif. Â Terima kasih cikgu-cikgu dan selamat maju jaya buat pelajar SMKA Lati.