Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a)
Bina ayat:-
(i) muka
- Muka Ali kelihatan pucat setelah diberitahu perkhabaran itu.
(ii) terkemuka
- Penyanyi yang terkemuka itu sudah meninggal dunia.
(iii) bersemuka
- Para pemimpin politik yang bertelagah itu diajak bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
(iv) permukaan
- Permukaan jalan raya yang licin boleh mengundang bahaya kepada para pengguna.
(v) mengemukakan
- Anggota PIBG diminta mengemukakan usul seminggu sebelum mesyuarat agung PIBG diadakan.
(vi) bermuka-muka
- Sikap suka bermuka-muka akhirnya menyebabkan Ali dibuang kerja.