Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a)

Bina ayat:-

(i)     muka

  • Muka Ali  kelihatan pucat setelah diberitahu perkhabaran itu.

(ii)    terkemuka

  • Penyanyi yang terkemuka itu sudah meninggal dunia.

(iii)  bersemuka

  • Para pemimpin politik yang bertelagah itu diajak bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

(iv)  permukaan

  • Permukaan jalan raya yang licin boleh mengundang bahaya kepada para pengguna.

(v)   mengemukakan

  • Anggota PIBG diminta mengemukakan usul seminggu sebelum mesyuarat agung PIBG diadakan.

(vi)  bermuka-muka

  • Sikap suka bermuka-muka akhirnya menyebabkan Ali dibuang kerja.
Advertisements