Archive for Julai 14, 2009


Putera Gunung Tahan…?

Bertemakan semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang mempertahankannya daripada penjajah. Semangat kecintaan ini terpamer melalui Ratu Bongsu yang berusaha mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada serangan Inggeris.

  • Persoalan-persoalan:-
  1. Ketamakan  membawa kesan buruk kepada manusia;- (Tuan Robert dan Tuan William ialah lambang manusia tamak kerana dengan upah 5000 pound, mereka sanggup meredah hutan belantara untuk ke Gunung Tahan).
  2. Persoalan cinta dan kasih antara lelaki dengan perempuan yang merentas bangsa;– (Mem William yang mahu meneruskan hasrat mendiang suaminya telah jatuh cinta akan Ratu Bongsu. Dia akhirnya bernikah dengan Ratu Bongsu yang berbangsa Melayu dengan memakai gelaran Rani Bongsu).
Berjuang demi tanah air

Berjuang demi tanah air

Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa.

Tapi sayang, disebabkan sikap ketidakprihatinan kita, masalah ini kadang-kadang berlaku secara berleluasa. Lihat contoh di bawah:-

  • merbahaya  SEPATUTNYA  berbahaya
  • mendokong / didokong  SEPATUTNYA  mendukung / didukung
  • mensasarkan  SEPATUTNYA  menyasarkan
  • ko-kurikulum  SEPATUTNYA kokurikulum
  • mengguriskan  SEPATUTNYA  menggoreskan
  • keretapi  SEPATUTNYA  kereta api
  • Bahasa Inggeris  SEPATUTNYA  bahasa Inggeris
  • jimat-cermat  SEPATUTNYA  jimat cermat
  • kaki tangan  SEPATUTNYA  kakitangan
  • tanda tangan  SEPATUTNYA  tandatangan
  • seringkali  SEPATUTNYA  sering kali
  • kadang kala  SEPATUTNYA  kadangkala
  • disamping  SEPATUTNYA  di samping
  • kebanyakkan  SEPATUTNYA  kebanyakan
  • pilihanraya  SEPATUTNYA pilihan raya
  • suaikenal  SEPATUTNYA  suai kenal
  • temuduga  SEPATUTNYA  temu duga
  • jawatan kuasa  SEPATUTNYA  jawatankuasa
  • mengkebumikan  SEPATUTNYA  mengebumikan
  • mengenepikan  SEPATUTNYA  mengetepikan
  • mententeramkan  SEPATUTNYA  menenteramkan
  • menyintai  SEPATUTNYA  mencintai
  • menghadkan  SEPATUTNYA  mengehadkan
  • zohor  SEPATUTNYA  zuhur
  • hajjah  SEPATUTNYA  hajah
  • masaalah  SEPATUTNYA masalah
  • analisa  SEPATUTNYA  analisis
  • minima  SEPATUTNYA minimum
  • berkuatkuasa  SEPATUTNYA berkuat kuasa
  • penguat kuasaan  SEPATUTNYA  penguatkuasaan
  • ramadhan  SEPATUTNYA  ramadan
  • perabut  SEPATUTNYA  perabot
  • satay  SEPATUTNYA sate
  • tips  SEPATUTNYA tip
  • lagenda  SEPATUTNYA  legenda
  • kontingen  SEPATUTNYA  kontinjen

Frasa jamak sering kali disalahgunakan kerana kita kadang-kadang tidak menyedari bahawa sesetengah kata yang kita gunakan itu sebenarnya membawa maksud jamak. Misalannya antara, deretan, berkeliaran ……. sudah membawa maksud jamak.

Lihat contoh di bawah:-

  • antara sebab-sebab  SEPATUTNYA  antara sebab
  • deretan kedai-kedai SEPATUTNYA  deretan kedai
  • lembu-lembu berkeliaran  SEPATUTNYA lembu berkeliaran
  • himpunan syair-syair  SEPATUTNYA  himpunan syair
  • timbunan batu-batan  SEPATUTNYA  timbunan batu
  • beraneka kuih-muih  SEPATUTNYA  beraneka kuih
  • semua rakyat  SEPATUTNYA  semua penduduk / warganegara

Penggunaan penjodoh bilangan amat penting. Walau bagaimanapun, kaedah pengunaannya juga sama penting dan perlu diberikan penekanan. Lihat contoh di bawah:-

  • sebuah masyarakat  SEPATUTNYA  satu masyarakat
  • sebuah cita-cita  SEPATUTNYA  satu cita-cita
  • beberapa buah sungai  SEPATUTNYA  beberapa batang sungai
  • tiga buah lebuh raya SEPATUTNYA  tiga batang lebuh raya
  • setiap buah kereta  SEPATUTNYA  setiap kereta