Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa.

Tapi sayang, disebabkan sikap ketidakprihatinan kita, masalah ini kadang-kadang berlaku secara berleluasa. Lihat contoh di bawah:-

  • merbahaya  SEPATUTNYA  berbahaya
  • mendokong / didokong  SEPATUTNYA  mendukung / didukung
  • mensasarkan  SEPATUTNYA  menyasarkan
  • ko-kurikulum  SEPATUTNYA kokurikulum
  • mengguriskan  SEPATUTNYA  menggoreskan
  • keretapi  SEPATUTNYA  kereta api
  • Bahasa Inggeris  SEPATUTNYA  bahasa Inggeris
  • jimat-cermat  SEPATUTNYA  jimat cermat
  • kaki tangan  SEPATUTNYA  kakitangan
  • tanda tangan  SEPATUTNYA  tandatangan
  • seringkali  SEPATUTNYA  sering kali
  • kadang kala  SEPATUTNYA  kadangkala
  • disamping  SEPATUTNYA  di samping
  • kebanyakkan  SEPATUTNYA  kebanyakan
  • pilihanraya  SEPATUTNYA pilihan raya
  • suaikenal  SEPATUTNYA  suai kenal
  • temuduga  SEPATUTNYA  temu duga
  • jawatan kuasa  SEPATUTNYA  jawatankuasa
  • mengkebumikan  SEPATUTNYA  mengebumikan
  • mengenepikan  SEPATUTNYA  mengetepikan
  • mententeramkan  SEPATUTNYA  menenteramkan
  • menyintai  SEPATUTNYA  mencintai
  • menghadkan  SEPATUTNYA  mengehadkan
  • zohor  SEPATUTNYA  zuhur
  • hajjah  SEPATUTNYA  hajah
  • masaalah  SEPATUTNYA masalah
  • analisa  SEPATUTNYA  analisis
  • minima  SEPATUTNYA minimum
  • berkuatkuasa  SEPATUTNYA berkuat kuasa
  • penguat kuasaan  SEPATUTNYA  penguatkuasaan
  • ramadhan  SEPATUTNYA  ramadan
  • perabut  SEPATUTNYA  perabot
  • satay  SEPATUTNYA sate
  • tips  SEPATUTNYA tip
  • lagenda  SEPATUTNYA  legenda
  • kontingen  SEPATUTNYA  kontinjen

Advertisement