Archive for Julai 15, 2009


Penulis sekadar memanjangkan komen Pencinta Bahasa, Cheras, Selangor yang termuat dalam Berita Harian (Ruangan Surat & E-mel) bertarikh 15 Julai 2009:

Menurut Pencinta Bahasa Cheras, nama-nama seperti Primaya, Avenue 1, Tower Park I & II, Lake Valley langsung tidak menggambarkan sikap dan sifat seseorang anak watan yang ingin mendaulatkan bahasanya.

“Saya meminta Pengurusan UDA Holdings dan UDA Land (Central) untuk merenung kembali perkara ini. Jadilah pemaju yang peka dan prihatin bukan hanya kepada pembangunan fizikal.”

“Dari satu sudut lain pula, apalah nasib bahasa Melayu. Ketika polemik ketuanan Melayu hebat diperkata dan diperdebatkan, di Bandar Tun Hussein Onn pula, bahasa Melayu dipinggir dan terpinggir oleh bangsa dan di tanah air sendiri.”

Penulis bersetuju dengan pendapat Pencinta Bahasa yang berasa hairan dan ajaib dengan sikap sesetengah ‘orang’ kita yang tidak begitu peka dan kurang memiliki sikap patriotik terhadap bahasanya. Agaknya inilah yang dikatakan sebagai kesan ‘penjajahan minda’?

Penulis …..??????

Soalan 1:

  • Tema: ICT
  • Tugasan: Faedah
  • Format: Umum – Fakta

Soalan 2:

  • Tema: Ibu bapa
  • Tugasan: Menghargai jasa ibu bapa
  • Format: Khusus – Ceramah

Soalan 3:

  • Tema: Industri pertanian
  • Tugasan: Peranan pelbagai pihak
  • Format: Umum – Pendapat

Soalan 4:

  • Tema: Jerebu
  • Tugasan: Bentuk kerjasama Malaysia-ASEAN
  • Format: Umum – Perbincangan

Soalan 5:

  • Tema: Nilai murni dalam sastera
  • Tugasan: Penghayatan
  • Format: Umum – komen

Tema:-

  • Semangat ┬áseorang nelayan tua yang masih membara mahu turun ke laut walaupun usianya tidak mengizinkan. Namun faktor usia dan kurang kudrat menyebabkan dia insaf bahawa dia hanya menunggu panggilan daripada Tuhan.

Persoalan:-

  • Kehidupan nelayan yang sentiasa dalam kesusahan.
  • Peralatan yang ketinggalan zaman hanya menghasilkan tangkapan yang sedikit.
  • Usia yang tua mengehadkan seseorang untuk mencari nafkah.

Nilai:-

  • Kesabaran – nelayan tua terus bersabar walaupun hasil tangkapannya hanya sedikit.
  • Kerajinan – nelayan tua tetap turun ke laut walaupun hasilnya sedikit.
  • Keberanian – nelayan tua sanggup menggadai nyawa menangkap ikan dengan sampan kecil.

Pengajaran:-

  • Kita hendaklah berusaha mencari rezeki yang halal.
  • Kita janganlah terlalu berserah kepada takdir dalam usaha mencari rezeki.
  • Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.
  • Kita hendaklah menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang reda.