Tema:-

  • Semangat  seorang nelayan tua yang masih membara mahu turun ke laut walaupun usianya tidak mengizinkan. Namun faktor usia dan kurang kudrat menyebabkan dia insaf bahawa dia hanya menunggu panggilan daripada Tuhan.

Persoalan:-

  • Kehidupan nelayan yang sentiasa dalam kesusahan.
  • Peralatan yang ketinggalan zaman hanya menghasilkan tangkapan yang sedikit.
  • Usia yang tua mengehadkan seseorang untuk mencari nafkah.

Nilai:-

  • Kesabaran – nelayan tua terus bersabar walaupun hasil tangkapannya hanya sedikit.
  • Kerajinan – nelayan tua tetap turun ke laut walaupun hasilnya sedikit.
  • Keberanian – nelayan tua sanggup menggadai nyawa menangkap ikan dengan sampan kecil.

Pengajaran:-

  • Kita hendaklah berusaha mencari rezeki yang halal.
  • Kita janganlah terlalu berserah kepada takdir dalam usaha mencari rezeki.
  • Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.
  • Kita hendaklah menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang reda.
Advertisements