Archive for Julai 16, 2009


Peristiwa yang menjadi klimaks PGT ialah:-

  • Peristiwa pengeboman puncak Gunung Tahan yang menjadi pusat pemerintahan Ratu Bongsu oleh 2 buah kapal terbang Inggeris;
  • Tuan William telah terbunuh:- merupakan kemenangan kepada Ratu Bongsu;
  • Peristiwa ini juga menamatkan ancaman pihak Inggeris yang hendak merampas puncak gunung tersebut;
  • Peristiwa tersebut juga telah menemukan Ratu Bongsu dengan bekas isteri Tuan William, akhirnya mereka berkahwin;
  • Perkahwinan itu telah menyelamatkan puncak Gunung Tahan daripada ancaman Inggeris seterusnya.

Perjuangan memerlukan pengorbanan

Perjuangan memerlukan pengorbanan

Membina ayat:-

  • bina –  bena
  1. Pondok kayu itu telah saya bina pada petang Rabu.
  2. Kita mestilah bena terhadap jiran yang berdekatan.
  • cocok  –  cucuk
  1. Pasangan pengantin yang sedang duduk bersanding itu kelihatan cocok sekali.
  2. Dia telah memakan sepuluh cucuk sate.
  • mencolok  –  menjolok
  1. Artis baru itu sangat suka berpakaian yang mencolok mata.
  2. Kakak sedang menjolok buah mangga muda di belakang rumah.