Archive for Julai 18, 2009


Powerpoint PMR (i)…?

Ambang PMR

Putera Gunung Tahan

  • Ayat Pasif  Diri Pertama
  1. Buku itu saya baca.
  • Ayat Pasif Diri Kedua
  1. Buku itu awak baca.
  • Ayat Pasif Diri Ketiga
  1. Buku itu dibaca oleh dia.
  • melempari
  1. Omar melempari kambing itu dengan batu.   √
  2. Omar melempari batu ke arah kambing itu.   Χ
  • melemparkan
  1. Omar melemparkan batu ke arah kambing itu.   √
  2. Omar melemparkan kambing itu dengan batu.   Χ

Nampak perbezaannya?

Kata menghidangi / menghidangkan sebenarnya tidak ada apa-apa masalah. Semuanya ok. Yang menjadi masalahnya ialah apabila kata-kata tersebut digunakan dalam ayat. Lihat contoh ayat di bawah:-

  • menghidangi
  1. Emak menghidangi tetamu dengan makanan yang lazat.   √
  2. Emak menghidangi makanan yang lazat kepada tetamu.  Χ
  • menghidangkan
  1. Emak menghidangkan makanan yang lazat kepada tetamu.   √
  2. Emak menghidangkan tetamu dengan makanan yang lazat.   Χ

Nampak perbezaannya?

Secara sedar atau tidak kebanyakan calon menggunakan hanya ayat penyata dalam setiap penulisan mereka. Hal ini demikian menyebabkan hasil penulisan itu kurang menarik dan kurang berkesan.

Sebagai guru bahasa, penulis mencadangkan setiap calon atau pelajar menggunakan pelbagai jenis ayat ketika menulis esei, barulah hasil penulisan lebih baik dan menampakkan tahap kematangan yang tinggi.

  • Penyalahgunaan dadah / semakin menular dalam masyarakat. > Ayat penyata biasa
  • Semakin menular dalam masyarakat / penyalahgunaan dadah. > Ayat penyata songsang
  • Kenapakah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat semakin menular? > Ayat tanya

Sekadar contoh.

Pelajar atau calon juga boleh menggunakan ayat dialog ketika menulis.