Archive for Julai 19, 2009


Soalan Faris Petra…?

Yang turut hadir di dalam majlis itu adalah Ketua Sektor Pengurusan.

  • A  Yang turut hadir dalam majlis itu ialah    √
  • B   Yang turut menghadiri dalam majlis itu adalah    Χ
  • C   Yang turut hadir di dalam majlis itu ialah    Χ
  • D   Yang turut hadir di dalam majlis itu adalah    Χ

Komen:-

  1. menghadiri dalam majlis SEPATUTNYA menghadiri majlis, adalah SEPATUTNYA ialah;
  2. di dalam majlis SEPATUTNYA dalam majlis;
  3. di dalam majlis  X, adalah  X

    Ceramah ini dijangka berlangsung pada 1 Ogos 2009, bertempat di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, jam 8.00 – 10.00 pagi. Pada mulanya penulis diminta untuk mengendalikan program ceramah pada 31 Julai 2009 tetapi terpaksa dilewatkan sehari kerana bertembung tarikh dengan ceramah BM penulis di SMA Meheliah, Geting. Kira punya kira, ….. 1 Ogos pun kira jadilah.

    Petang ini (19 Julai 2009), penulis ada ceramah bahasa di SMA Cbg. 4, Tumpat, pada pukul 3.30 petang. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar yang akan terlibat. Jika pada tahun lepas, program ceramah seperti ini telah diadakan di dalam musala sekolah. Tak tahulah .. pada petang ini. Pada penulis, semua itu perkara biasa saja.

    Lihat penggunaan imbuhan di bawah:-

    • memperolehi  SEPATUTNYA  memperoleh
    • memperbaiki  SEPATUTNYA  membaiki / memperbaik
    • memperdalami  SEPATUTNYA  mendalami / memperdalam
    • memperakui  SEPATUTNYA  memperakukan
    • mempersetujui  SEPATUTNYA  menyetujui
    • memperhalusi  SEPATUTNYA  menghalusi