Kebanyakan pelajar sudah memahami bagaimana proses penggandaan kata majmuk atau kata tunggal. Contohnya:-
- pengetua sekolah > pengetua-pengetua sekolah
- ketua bilik > ketua-ketua bilik
- bola > bola-bola / bebola
- cantik > cantik-cantik
Masalah akan timbul apabila ada segelintir pelajar menganggap kata setara sebagai kata majmuk dan cuba menggandakan kata tersebut seperti kata majmuk.
- ibu bapa > ibu-ibu bapa / ibu bapa-ibu bapa X
- adat resam > adat-adat resam / adat resam-adat resam X
- pinggan mangkuk > pinggan-pinggan mangkuk / pinggan mangkuk-pinggan mangkuk X
- periuk belanga > periuk-periuk belanga / periuk belanga-periuk belanga X
- lembu kambing > lembu-lembu kambing / lembu kambing-lembu kambing X
Kata setara ialah kata yang terdiri daripada dua patah kata yang setara dari segi makna ataupun jenisnya, contoh:-
- lembu kambing > lembu sejenis binatang ternakan; kambing pun sejenis binatang ternakan
- pinggan mangkuk > pinggan – alatan di dapur; mangkuk pun alatan di dapur
Berbanding kata majmuk:–
- guru besar > guru – pekerjaan; besar – kata adjektif
- balai polis > balai – ialah pejabat / tempat; polis – pekerjaan
# Kata majmuk ialah kata terdiri daripada dua kata yang tidak setara.
- Kata setara tidak boleh digandakan seperti kata majmuk.
- Untuk menunjukkan banyak atau ‘jamak’ kita terpaksa menggunakan kata bilangan pada kata setara:-
- semua ibu bapa
- semua pinggan mangkuk
- kebanyakan lembu kambing