Kebanyakan pelajar sudah memahami bagaimana proses penggandaan kata majmuk atau kata tunggal. Contohnya:-

  • Penggandaan kata majmuk
  1. pengetua sekolah  > pengetua-pengetua sekolah
  2. ketua bilik  > ketua-ketua bilik
  • Penggandaan kata tunggal
  1. bola  > bola-bola / bebola
  2. cantik  > cantik-cantik

Masalah akan timbul apabila ada segelintir pelajar menganggap kata setara sebagai kata majmuk dan cuba menggandakan kata tersebut seperti kata majmuk.

  • Kata setara
  1. ibu bapa  > ibu-ibu bapa / ibu bapa-ibu bapa     X
  2. adat resam  > adat-adat resam / adat resam-adat resam    X
  3. pinggan mangkuk  > pinggan-pinggan mangkuk / pinggan mangkuk-pinggan mangkuk     X
  4. periuk belanga  > periuk-periuk belanga / periuk belanga-periuk belanga    X
  5. lembu kambing  > lembu-lembu kambing / lembu kambing-lembu kambing   X

Kata setara ialah kata yang terdiri daripada dua patah kata yang setara dari segi makna ataupun jenisnya, contoh:-

  • lembu kambing   > lembu sejenis  binatang ternakan; kambing pun sejenis binatang ternakan
  • pinggan mangkuk  > pinggan – alatan di dapur; mangkuk pun alatan di dapur

Berbanding kata majmuk:

  • guru besar  > guru – pekerjaan; besar – kata adjektif
  • balai polis  > balai – ialah pejabat / tempat; polis – pekerjaan

# Kata majmuk ialah kata terdiri daripada dua kata yang tidak setara.

  • Kata setara tidak boleh digandakan seperti kata majmuk.
  • Untuk menunjukkan banyak atau ‘jamak’ kita terpaksa menggunakan kata bilangan pada kata setara:-
  1. semua ibu bapa
  2. semua pinggan mangkuk
  3. kebanyakan lembu kambing
Advertisements