Archive for Julai 22, 2009


Istilah komsas…?

  • imbas muka = cara mengenang sesuatu kembali melalui pemerian, dialog, monolog atau monolog dalaman;
  • imbas muka = cara memberikan bayangan awal sesuatu peristiwa;
  • dialog = percakapan antara watak;
  • monolog = pengucapan/percakapan watak secara bersendirian;
  • monolog dalaman = kata hati watak;
  • watak dinamik = watak yang berkembang/berubah (aksi/fikiran)
  • watak pipih = watak yang tidak berkembang;

Ayat biasa:-

  • Penswastaan penjagaan kesihatan membebankan masyarakat miskin.

Ayat songsang:-

  • Membebankan masyarakat miskin penswastaan penjagaan kesihatan.

Ayat Biasa:-

  • Anak-anak akan memberontak kerana kongkongan yang keterlaluan.

Ayat songsang:-

  • Kerana kongkongan yang keterlaluan anak-anak akan memberontak.

Ayat biasa:-

  • Industri automobil telah mengalami penguncupan ketika ini.

Ayat songsang:-

  • Telah mengalami penguncupan ketika ini industri automobil.
  • Bertangguh itu pencuri masa
  1. Kita tidak boleh bertangguh-tangguh apabila melakukan sesuatu pekerjaan kerana ” bertangguh itu pencuri masa”.
  • Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
  1. Awak perlu memastikan bahawa telah mendapat tawaran pekerjaan baru sebelum meletak jawatan, jangan nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
  • Bagai dakwat dengan kertas
  1. Hubungan Anis dengan Aliya bagai dakwat dengan kertas kerana mereka berdua ialah adik-beradik.