Archive for Julai 25, 2009


Para pelajar dan pengunjung blog penulis,

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Dalam kesempatan pada kali ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan sokongan daripada semua pihak terhadap blog yang tidak seberapa ini. Tujuan penulis satu sahaja, ingin berkongsi ilmu dan cuba membantu apa yang terdaya oleh penulis.

Terkini penulis telah memasukkan sebanyak 200 lebih artikel yang berkaitan bahasa Melayu yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Artikel-artikel ini telah dipecahkan kepada 11 kategori. Semua artikel lama dan baru ini boleh dibaca dan dibuat rujukan.

Insya-Allah, penulis akan memperbaharunya lagi dari semasa ke semasa.

Pada hari ini  25 Julai 2009, hari Sabtu penulis diundang ke SMK Dato’ Ismail, Gong Gedak untuk program kecemerlangan PMR. Hari ini merupakan sejarah buat diri penulis kerana terlewat tiba. Waktu sebenar program ialah pada pukul 9.00 pagi hingga ke pukul 11.00 tetapi tetapi terpaksa dilewatkan selama 30 minit kerana penulis tiba lebih kurang pukul 9.15 pagi.

Mungkin jarak yang agak jauh iaitu 65km dari rumah dan kesesakan trafik pada pagi Sabtu menyebabkan penulis terlewat. Penulis memuji sikap sabar yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah tersebut walaupun telah berkumpul di Dewan Gemilang bermula pukul 8.00 pagi lagi.

Majlis ilmu pagi itu berjalan lancar dan semua pelajar seramai 220 orang itu telah memberikan kerjasama yang amat memuaskan. Tahniah kepada guru serta pelajar SMK Dato’ Ismail.