Archive for Julai 26, 2009


  • Permulaan: Murni menziarahi ibunya di kampung dan memujuknya agar mengikutnya ke bandar.
  • Perkembangan: Jemah bersetuju untuk mengikut Murni pulang ke bandar apabila Mak Timah sanggup menunggu rumah dan menjaga ayam itiknya.
  • Konflik: Perbuatan Jemah menajak rumput di halaman rumah dan menebang anak pokok ketapang menimbulkan kemarahan Jamal, menantunya.
  • Klimaks: Jemah melalui surat meminta Murni pulang ke kampung dengan segera bagi menyelesaikan urusan pertukaran nama tanah yang dibelinya untuk hari tua Murni dan Jamal.
  • Peleraian: Murni berasa terharu akan tindakan ibunya, manakala Jamal menginsafi dirinya yang tidak pandai merancang masa depan walaupun dia seorang perancang ekonomi.

Kegagalan Umar ke rumah tunangnya, Safiah pada masa yang dijanjikan telah menyebabkan Safiah menjadi risau. Akhirnya, Umar tiba lalu menjelaskan punca kelewatannya. Umar terpaksa memujuk Safiah yang telah merajuk. Berlaku konflik antara Umar dengan Safiah apabila Umar tetap dengan pendiriannya untuk menjadi guru. Safiah tetap memujuk Umar supaya masuk MCS atau bekerja di Foreign Service agar hasratnya untuk tinggal dan bekerja di luar negara akan tercapai.

Akibatnya, Safiah terus merajuk hingga enggan makan tengah hari apabila Umar tetap dengan pendiriannya. Namun, dengan kebijaksanaan Umar, dia bukan saja berjaya memujuk Safiah, malah berjaya mengubah pendiriannya untuk menerima kerjaya yang menjadi pilihan Umar.

Emak berasa …………….. semasa berada dalam majlis yang jelas menampakkan budaya penjajah itu.

  • A  kekok    √ (bermaksud canggung/tidak selesa)
  • B  pelik    Χ  (bermaksud hairan)
  • C  ganjil    Χ (bermaksud luar biasa/aneh)
  • D  gerun    Χ (bermaksud takut/ngeri)

Pekerja baru itu menurut segala perintah majikannya secara membuta tuli. Sikapnya itu kurang disenangi oleh kawan-kawannya. Sikapnya itu samalah seperti…

  • A  rumput di tepi jalan
  • B  melukut di tepi gantang
  • C  kerbau dicucuk hidung      √
  • D  orang buta kehilangan tongkat

Komen:

  • Jawapan A bermaksud : kehidupan yang melarat
  • Jawapan B bermaksud : orang yang tidak penting / orang yang dipandang rendah
  • Jawapan D bermaksud : orang yang berada dalam kesukaran

Mengisahkan seorang pemuda miskin yang bernama Buyung yang dititahkan oleh Sultan Raja Alam Shah untuk mengubati penyakit puterinya yang bernama Puteri Bunga Tanjung. Penyakit yang dialami tuan puteri itu ialah dia asyik muram, suka bersendirian, tidak mahu bercakap dan ketawa.

Buyung bukan seorang bomoh, kerana itu sukar baginya untuk mengubati puteri raja itu. Walau bagaimanapun, Buyung mempunyai satu kelebihan iaitu dia pandai bercerita. Buyung menggunakan kebolehannya itu untuk mengubati penyakit Tuan Puteri Bunga Tanjung. Cerita yang disampaikan oleh Buyung berjaya menarik perhatian Tuan Puteri Bunga Tanjung. Akhirnya, tuan puteri kembali sihat dan ceria. Sultan telah menjodohkan Buyung dengan puterinya.

Ampun Tuanku...... KEJOTAN ke-34

Ampun Tuanku...... KEJOTAN ke-34