Kegagalan Umar ke rumah tunangnya, Safiah pada masa yang dijanjikan telah menyebabkan Safiah menjadi risau. Akhirnya, Umar tiba lalu menjelaskan punca kelewatannya. Umar terpaksa memujuk Safiah yang telah merajuk. Berlaku konflik antara Umar dengan Safiah apabila Umar tetap dengan pendiriannya untuk menjadi guru. Safiah tetap memujuk Umar supaya masuk MCS atau bekerja di Foreign Service agar hasratnya untuk tinggal dan bekerja di luar negara akan tercapai.

Akibatnya, Safiah terus merajuk hingga enggan makan tengah hari apabila Umar tetap dengan pendiriannya. Namun, dengan kebijaksanaan Umar, dia bukan saja berjaya memujuk Safiah, malah berjaya mengubah pendiriannya untuk menerima kerjaya yang menjadi pilihan Umar.