Archive for Julai 27, 2009


Betulkah ayat di atas?

  • Ayat di atas tergolong dalam ayat pasif;
  • Ayat pasif di atas telah menggunakan kata ganti diri ke-3 (mereka);
  • Ayat pasif ini ialah ayat pasif diri ke-3;
  • Kata kerjanya mestilah berimbuhan di-;

SEPATUTNYA, ayat di atas ditulis begini……

  • Bas yang ditunggu oleh mereka telah sampai.
  • Repitasi/Pengulangan: mengulangi kata, frasa, ayat yang sama dalam baris atau rangkap;
  • Terdapat 3 bentuk repitasi:-
  1. Anafora (pengulangan kata pada awal ayat)
  2. Responsi (pengulangan kata pada tengah ayat)
  3. Epifora (pengulangan kata pada akhir ayat)
  • Inversi: Pembalikan kata, frasa yang disengajakan oleh pengarang. Contoh:-
  1. ke laut aku pergi
  2. menari orang ke sana ke mari
  • Imej Alam: Menggunakan unsur-unsur alam seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan alam semula jadi dalam sesuatu karya.