• Repitasi/Pengulangan: mengulangi kata, frasa, ayat yang sama dalam baris atau rangkap;
  • Terdapat 3 bentuk repitasi:-
  1. Anafora (pengulangan kata pada awal ayat)
  2. Responsi (pengulangan kata pada tengah ayat)
  3. Epifora (pengulangan kata pada akhir ayat)
  • Inversi: Pembalikan kata, frasa yang disengajakan oleh pengarang. Contoh:-
  1. ke laut aku pergi
  2. menari orang ke sana ke mari
  • Imej Alam: Menggunakan unsur-unsur alam seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan alam semula jadi dalam sesuatu karya.