• Ayat tunggal = ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  1. Ali seorang pelajar.
  2. Kerusi saya rosak.
  3. Lembu itu mati.
  • Ayat majmuk = gabungan atau percampuran ayat tunggal.
  1. Ayat majmuk gabungan (gabungan ayat tunggal yang menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka, serta, dan tetapi). Contoh:  (i) Aziz makan nasi dan bubur. (ii) Amin bermain bola tetapi saya bermain hoki. (iii) Cikgu ke kelas lalu mengajar tatabahasa.
  2. Ayat majmuk pancangan (gabungan ayat utama dengan satu atau lebih ayat kecil). Contoh: (i) Azmi yang berasal dari Kelantan ialah seorang guru. (ii) Azim pergi ke kantin untuk membeli pisang goreng. (iii) Dia mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah hampir.
  3. Ayat majmuk campuran (gabungan ayat tunggal dengan ayat majmuk). Contohnya: (i) Aziz membaca buku yang dipinjam daripada Azim sambil mendengar radio. (ii) Murid yang bijak itu rajin membantu ibunya di rumah dan kerja yang sering dibantunya adalah seperti menyapu sampah, mengemas rumah dan lain-lain.
Advertisements