Pengembala lembu itu ditangkap kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah.

  • Cuba teliti kata nama pengembala dalam ayat di atas.
  • Betulkah ejaannya begitu?
  • SEBENARNYA ejaan pengembala itu SALAH dan patut ditukar kepada PENGGEMBALA.

Lihat perbandingan di bawah:-

  1. gempur > penggempur bukannya pengempur
  2. ganti > pengganti bukannya penganti
  3. gandaan > penggandaan bukannya pengandaan
  4. galak > penggalak bukannya pengalak

Fahamkan….. kenapa penggembala bukannya pengembala?

  • Penggembala bermaksud orang yang memelihara atau menjaga ternakan seperti lembu, kerbau …..
Advertisements