Cuba lihat penggunaan kata sendi ‘dari’ dalam ayat di atas. Adakah betul atau sepatutnya digantikan dengan kata sendi ‘daripada’?

  • Kata sendi ‘dari’ berfungsi untuk menunjukkan tempat, arah dan masa;
  • Kata sendi ‘daripada’ pula digunakan pada manusia, asal usul, perbandingan, abstrak dan bahagian;
  • Untuk ayat di atas, ‘saya membeli pisang goreng’ itu daripada Milah (manusia) pemilik gerai itu;
  • Jadi ‘dari’ dalam ayat tersebut SEPATUTNYA digantikan dengan ‘daripada’.

Lihat contoh ayat di bawah:-

  1. Saya menerima surat tawaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Walaupun Jabatan Pelajaran Negeri itu merupakan ‘tempat’, kita tidak boleh menggunakan ‘dari’ kerana maksud yang dibawa oleh ayat itu ialah saya menerima surat tawaran daripada ‘pihak’ (manusia) di Jabatan Pelajaran Negeri.

Advertisements