Archive for Julai, 2009


Soalan Faris Petra…?

Pekerja baru itu menurut segala perintah majikannya secara membuta tuli. Sikapnya itu kurang disenangi oleh kawan-kawannya. Sikapnya itu samalah seperti…

  • A  rumput di tepi jalan
  • B  melukut di tepi gantang
  • C  kerbau dicucuk hidung      √
  • D  orang buta kehilangan tongkat

Komen:

  • Jawapan A bermaksud : kehidupan yang melarat
  • Jawapan B bermaksud : orang yang tidak penting / orang yang dipandang rendah
  • Jawapan D bermaksud : orang yang berada dalam kesukaran

Mengisahkan seorang pemuda miskin yang bernama Buyung yang dititahkan oleh Sultan Raja Alam Shah untuk mengubati penyakit puterinya yang bernama Puteri Bunga Tanjung. Penyakit yang dialami tuan puteri itu ialah dia asyik muram, suka bersendirian, tidak mahu bercakap dan ketawa.

Buyung bukan seorang bomoh, kerana itu sukar baginya untuk mengubati puteri raja itu. Walau bagaimanapun, Buyung mempunyai satu kelebihan iaitu dia pandai bercerita. Buyung menggunakan kebolehannya itu untuk mengubati penyakit Tuan Puteri Bunga Tanjung. Cerita yang disampaikan oleh Buyung berjaya menarik perhatian Tuan Puteri Bunga Tanjung. Akhirnya, tuan puteri kembali sihat dan ceria. Sultan telah menjodohkan Buyung dengan puterinya.

Ampun Tuanku...... KEJOTAN ke-34

Ampun Tuanku...... KEJOTAN ke-34

Para pelajar dan pengunjung blog penulis,

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Dalam kesempatan pada kali ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan sokongan daripada semua pihak terhadap blog yang tidak seberapa ini. Tujuan penulis satu sahaja, ingin berkongsi ilmu dan cuba membantu apa yang terdaya oleh penulis.

Terkini penulis telah memasukkan sebanyak 200 lebih artikel yang berkaitan bahasa Melayu yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Artikel-artikel ini telah dipecahkan kepada 11 kategori. Semua artikel lama dan baru ini boleh dibaca dan dibuat rujukan.

Insya-Allah, penulis akan memperbaharunya lagi dari semasa ke semasa.

Pada hari ini  25 Julai 2009, hari Sabtu penulis diundang ke SMK Dato’ Ismail, Gong Gedak untuk program kecemerlangan PMR. Hari ini merupakan sejarah buat diri penulis kerana terlewat tiba. Waktu sebenar program ialah pada pukul 9.00 pagi hingga ke pukul 11.00 tetapi tetapi terpaksa dilewatkan selama 30 minit kerana penulis tiba lebih kurang pukul 9.15 pagi.

Mungkin jarak yang agak jauh iaitu 65km dari rumah dan kesesakan trafik pada pagi Sabtu menyebabkan penulis terlewat. Penulis memuji sikap sabar yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah tersebut walaupun telah berkumpul di Dewan Gemilang bermula pukul 8.00 pagi lagi.

Majlis ilmu pagi itu berjalan lancar dan semua pelajar seramai 220 orang itu telah memberikan kerjasama yang amat memuaskan. Tahniah kepada guru serta pelajar SMK Dato’ Ismail.

Nasihat Penulis…?

  • Usah biarkan ibu bapa kita menangis dek kerana kegagalan kita, SEBALIKNYA biarlah mereka menangis dek kerana KEJAYAAN kita;
  • Anak yang taat akan sentiasa memastikan ibu bapanya GEMBIRA;
  • Anak yang taat akan sentiasa membawa bahagia seisi KELUARGA;
  • Anak yang taat akan sentiasa menghormati GURUNYA.

    Anak ialah anugerah Allah

    Anak ialah anugerah Allah

  • kurang kesedaran dalam diri dan masyarakat
  • kempen antimerokok yang dilaksanakan sejak beberapa tahun gagal
  • pengaruh daripada media massa, masyarakat sekeliling
  • kegagalan institusi keluarga mendidik anak-anak
  • pendidikan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah tidak memberikan apa-apa kesan kepada pelajar dan masyarakat
  • golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat
  • langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun lemah atau gagal
  • kesungguhan pihak-pihak berkenaan dalam menangani  gejala ini boleh dipertikaikan
  • peranan syarikat pengeluar rokok dalam mempengaruhi golongan remaja amat berjaya
  • kerajaan masih membenarkan rokok dijual di mana-mana premis
  • banyak pemimpin agama yang terlibat dengan masalah ketagihan rokok
  • rokok masih mampu dibeli oleh masyarakat

Nak hisap lagi...?

Nak hisap lagi...?

    Semua kanak-kanak(A) kecil mestilah mendapat kasih-sayang(B) yang sempurna daripada(C) ibu bapa. Tiada kesalahan(D)

    • Jawapannya ialah B: (kasih sayang bukannya kata ganda tetapi kata setara)
    Permata hati penulis

    Permata hati penulis

    Ibu-ibu bapa(A) diseru agar senantiasa(B) memberikan kerjasama(C) kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan insan yang bertakwa. Tiada kesalahan(D)

    • Jawapannya ialah A : (Ibu bapa ialah kata setara dan tidak boleh digandakan)
    • SEPATUTNYA Semua ibu bapa

    IMG_5120i

      Betulkah ayat di atas? Jika salah, apakah kesalahannya?

      • Ayat di atas jelas sekali kesalahannya. Iaitu selepas kata kerja transitif (KKT) ‘melaporkan’ tidak diikuti oleh objek (KN).

      SEPATUTNYA,

      • Demikianlah Aziz melaporkan berita terkini dari Kota Bharu untuk TV10.

      Mengisahkan tragedi yang berlaku dalam keluarga Kamarul Azam. Dia memohon kebenaran daripada keluarganya untuk mengadakan perkhemahan bersama-sama kawannya di Tanjung Pangku. Perkhemahan itu diadakan untuk mengambil Ujian Kelas Pertama. Kebetulan pada hari itu En. Razali, ayah Kamarul Azam perlu mengiringi Menteri Pertanian dalam rangka lawatan ke negeri-negeri utara. Kapal terbang yang dinaiki mereka itu dirampas dan akhirnya meletup di udara.

      Kamarul Azam dapat melihat kejadian itu tapi tidak menyangka bahawa itulah kapal terbang yang dinaiki ayahnya. Kamarul Azam dan Razi yang cuba pergi ke tempat kapal terbang terhempas itu telah diculik beberapa orang lelaki bersenjata yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian rampasan itu. Mereka meninggalkan dua sahabat itu setelah melepaskan tembakan untuk membocorkan bot itu. Motobot yang dinaiki Azam dan Razi dipenuhi air dan terbalik, tetapi mereka bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Pak Widodo Samsi, nelayan dari Pulau Rangsang, Sumatera Timur.

      Dengan bantuan Antik, anak Pak Widodo mereka berjaya pulang ke Johor dan sempat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah ayahnya di majlis pengebumian mangsa secara beramai-ramai di tanah perkuburan Jalan Kebun Teh.

      Latar masa:

      • Ahad, 4 Disember 1977  : kapal terbang yang membawa bapa Azam terhempas
      • 5 Disember 1977  : Berita kapal terbang terhempas tersebar dengan pantas.
      • 9 Disember 1977  : Upacara pengebumian mangsa tregedi

      Latar tempat:

      • Tanjung Pangku  : tempat perkhemahan
      • Pulau Rangsang  : tempat Azam dan Razi dibawa selepas diselamatkan Pak Widodo
      • Balai Polis Tanjung Pangku  : Azam dan Razi mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perkhemahan
      • Hotel Gentre  : kaum keluarga mangsa ditempatkan
      • Rumah En. Razali  : tempat tinggal Azam dan Azmi
      • Tanah perkuburan khas di Jalan Kebun Teh  : mayat mangsa disemadikan