Archive for Ogos, 2009


Terlebih dulu penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga diterima Allah segala ibadat yang dikerjakan. Amin.

Bagaimana dengan ayat di atas?

Jika dilihat secara umum, ayat berkenaan tiada apa-apa yang luar biasa. Memang Umat Islam diseru memperbanyak amalan ibadat lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini.

Cuma  apabila kita nilai dari segi bahasa, jelas terdapat beberapa kesalahan tatabahasa, antaranya ialah:-

  • Umah > Umat
  • melakukan banyak ibadah > banyak melakukan ibadat
  • di bulan > pada bulan
  • Ramadhan > Ramadan

images

Advertisement
  • Keputusan Sabtu, 29 Ogos:-
  1. Birmingham City Vs Tottenham Hotspur: 1 – 2
  2. Sunderland Vs Stoke City: 0 – 1
  3. Liverpool Vs Bolton Wonderers: 3 – 2
  4. Man. United Vs Arsenal: 2 – 1

Meraikan kejayaan...?

Meraikan kejayaan...?

    Fakta bumi…?

    • PBB menganggarkan pertumbuhan penduduk dunia akan meningkat dari 6.5 bilion  pada tahun 2006 kepada 8.2 bilion pada tahun 2030.
    • Menurut laporan World Energy Outlook 2008, Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan keperluan tenaga dunia akan meningkat 1.6% setiap tahun bermula dari 2006 menjadi 45% pada tahun 2030.
    • Menurut United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC), purata kenaikan suhu permukaan bumi sebanyak 0.74°C sejak tahun 1880.
    • Mereka juga menjangkakan peningkatan suhu ini akan berterusan sebanyak 1.8°C hingga 4°C sebelum penghujung abad ini.

    Peningkatan suhu yang berterusan ini menyebabkan berlaku fenomena pemanasan global yang telah mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

    Antara kesan langsung akibat pemanasan global:-

    1. Fenomena kilat dan guruh yang lebih kerap dan berkuasa tinggi;
    2. Musim kemarau yang berpanjangan;
    3. Kawasan di Utara dan Selatan Benua Amerika, Eropah Utara, Asia Utara dan Asia Tengah akan menerima kadar hujan yang lebih tinggi;
    4. Kawasan di Afrika akan mengalami peluasan kawasan gurun yang sedia ada;
    5. Berlakunya pencairan ketara lapisan ais, bumbung salji dan glasier di kutub;
    6. Banyak pulau dan kawasan rendah akan ditenggelami air laut.

    bumi

    P2T3_piramidmakananLihat gambar piramid makanan di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang keperluan mengambil makanan yang seimbang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

    Pendahuluan: (2 ayat)

    1. AR: Pengambilan makanan seimbang setiap hari amat dituntut kerana dapat memberikan kebaikan yang banyak kepada tubuh badan kita.
    2. AA: Pelbagai keperluan atau kebaikan yang kita peroleh melalui pengambilan makanan yang seimbang.

    Perenggan 2: (Isi pertama: 3 ayat)

    1. AJ: Kebaikan yang paling dominan apabila mengambil makanan yang seimbang setiap hari ialah tubuh badan kita akan kekal sihat.
    2. AH: Hal ini demikian kerana makanan yang seimbang akan membekalkan tubuh badan kita dengan zat-zat yang diperlukan.
    3. AC: Contohnya, kita perlu memakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak dan mengurangkan pengambilan lemak dan gula.

    Perenggan 3: (Isi kedua: 3 ayat)

    1. AJ: Mengambil makanan seimbang juga akan menjadikan tubuh badan kita kebal dan tinggi daya tahan melawan penyakit.
    2. AH: Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi kandungan vitamin C yang dapat mencegah penyakit selesema, masalah kulit dan sebagainya.
    3. UBI: Kata orang, “mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya”.

    Perenggan ke-4:( Isi ketiga: 3 ayat)

    1. AH: Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang, kadar tumbesaran badan kita juga tidak akan terbantut.
    2. AJ: Makanan seimbang akan membekalkan pelbagai kandungan zat yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan.
    3. AH: Hal ini demikian menyebabkan pertumbuhan tumbesaran badan kita menjadi normal dan ini akan memastikan perkembangan fizikal dan mental kita sihat dan sempurna.

    Perenggan Penutup: ( Kesimpulan: 2 ayat)

    1. AK: Kesimpulannya, kita wajarlah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam menentukan apa dan berapa jumlah makanan yang perlu dimakan setiap hari.
    2. AP: Untuk kehidupan yang lebih sihat, maka wajarlah kita semua mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang pada setiap hari.

    • AR: ayat rangsangan
    • AA: ayat arahan
    • AJ: ayat judul
    • AH: ayat huraian
    • AC: ayat contoh
    • AK: ayat kesimpulan
    • AP: ayat penegasan
    • UBI: ungkapan bahasa indah

    [ soalan percubaan PMR 2009: Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra]

    Liverpool tewas…?

    Liverpool dirundung malang sekali lagi apabila tewas kepada pasukan Aston Villa dengan jaringan 1 – 3.

    Kini Chelsea dan Tottenham Hotspur sedang menggungguli kedudukan takhta liga dengan masing-masing mengumpul 9 mata.

    Penyerang Villa ...?

    Penyerang Villa ...?

    Watak & Perwatakan:-

    • Watak utama ialah Bayan, burung peliharaan Khojah Maimun dan isterinya, Bibi Zainab. Bayan mempunyai suara merdu dan pandai bercerita.
    • Watak sampingan ialah Bibi Zainab, isteri Khojah Maimun dan kekasih anak raja. Dia seorang yang curang.

    Latar:-

    1. Latar tempat: Di rumah Khojah Maimun dan Bibi Zainab
    2. Latar masyarakat:
    • Masyarakat pedagang
    • Masyarakat yang degil
    • Masyarakat yang curang

    Nilai:-

    • Nasihat-menasihati
    • Kasih sayang
    • Bijaksana
    • Simpati
    • Amanah

    Pengajaran:-

    • Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa.
    • Janganlah kita bersifat dengki.
    • Kita hendaklah bersimpati.
    • Janganlah kita berlaku curang.
    • Kita mestilah bertindak dengan bijaksana.

    images (35)

      1. Kejayaan meraih Anugerah Cipta Emas itu  merupakan hasil dari usaha giat empat orang jurutera Malaysia yang dilatih oleh pihak Petronas.
      2. Kekuatan pertahanan negara amat penting dalam mempastikan keselamatan negara terjamin di samping dikenali oleh negara-negara jiran.
      3. Pameran filem ‘Dia Hatiku’ yang diadakan di Dewan Jubli, anjuran BALKIS bertujuan untuk mengutip wang bagi pesakit AIDS.

      JAWAPAN:-

      1. dari > daripada ; giat > gigih
      2. mempastikan > memastikan ; dikenali > dihormati
      3. Pameran > Tayangan ; wang > derma

      Tema:

      • Semangat perjuangan mempertahankan tanah air daripada terlepas ke tangan penjajah.

      Persoalan:

      • Kesan buruk pengaruh penjajah:-
      1. Pengaruh penjajah menyebabkan masyarakat tempatan mula mementingkan kebendaan dan membelakangkan agama Islam.
      • Tamak yang membawa padah:-
      1. Tuan William dan Tuan Robert yang bersikap tamak akhirnya mereka menemui ajal.
      2. Mereka gagal mendapatkan puncak Gunung Tahan seperti yang dicita-cita oleh mereka.
      • Cinta akan tanah air:-
      1. Watak seperti Ratu Bongsu, Kusina dan perempuan tua mempunyai rasa cinta akan tanah air yang tinggi dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankannya.
      • Kampung Rimau Putih
      1. Kawasan kediaman orang Sakai iaitu tempat Tuan Robert ditempatkan.
      2. Kawasan ini baru dibuka dan terdapat pelbagai jenis tanaman.
      3. Di sini juga Tuan Robert berkenalan dengan perempuan tua.
      • Istana Ratu Bongsu
      1. Tempat tinggal Ratu Bongsu.
      2. Terdapat bilik khazanah iaitu tempat Tuan William mati terperangkap.
      • Pondok Perempuan Tua
      1. Tempat tinggal perempuan tua di kawasan Rimau Putih.
      2. Tuan Robert pernah berkunjung ke sini dan berbual panjang dengan perempuan tua.
      • Rumah Haji Adam
      1. Pelbagai peristiwa dapat dilihat setelah diteropong oleh Tuan William.
      2. Pelbagai golongan masyarakat berada di rumah ini.

      Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad, 23 Ogos 2009:-

      • Burnley Vs Everton: 1 – 0
      • Chelsea Vs Fulham: 2 – 0
      • Tottenham Hotspur Vs West Ham United: 2 – 1


      310722327