Tanggal 1 Ogos 2009, jam 8.30 pagi bertempat di Pantai Sri Tujuh Chalet, penulis bersama-sama dengan pelajar-pelajar SMU(A) Al-Ulum bagi menjayakan majlis ceramah kecemerlangan PMR. Program ceramah berjalan lancar walaupun sedikit terganggu kerana kedudukan dewan yang berada di tengah-tengah jalan masuk dan keluar ke chalet berkenaan. Ditambah pula dengan keadaan dewan yang terbuka, penulis terpaksa banyak bekerja untuk mengawal mata dan telinga para peserta.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar SMU(A) Al-Ulum, Pasir Mas.