Archive for Ogos 2, 2009


Keriting / kerinting…?

Kulitnya hitam manis dan rambutnya keriting / kerinting.

  • Yang mana satu yang betul, keriting ataupun kerinting?
  • Banyak orang lebih selesa menggunakan kata kerinting.
  • SEBENARNYA bagi maksud bergulung-gulung, ikal kecil-kecil pada rambut, yang BETULNYA ialah keriting’.

1. Buku itu dia beli di Kota Bharu.   Χ

  • Buku itu dibeli oleh dia di Kota Bharu.   √

2. Ubat ini saya akan berikan kepada anak saya.   Χ

  • Ubat ini akan saya berikan kepada anak saya.   √

3. Akan saya membalas surat kamu nanti.   Χ

  • Surat kamu akan saya balas nanti.   √

4. Perompak itu telah anggota polis tembak.   Χ

  • Perompak itu telah ditembak oleh anggota polis.   √

Pada petang ini(2 Ogos 2009) iaitu tepat jam 3.00 petang penulis akan memberikan ceramah Bahasa Melayu di SMU(A) Tarbiah Marzhiah. Pada mulanya majlis ini dirancang pada hari Isnin, 27 Julai 2009. Oleh sebab sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, maka program itu ditukarkan pada hari ini.

Pada 1 Ogos 2009, jam 3.00 petang hingga 5.00 petang penulis telah mengadakan bengkel penulisan untuk pelajar PMR Faris Petra (sekolah sendiri) yang berjumlah 143 orang. Majlis ini berlangsung di Bilik Media sekolah. Antara tujuan penulis mengadakan program ini adalah untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran bakal calon dalam penulisan bahasa Melayu.

Sungguhpun sedikit kepenatan, penulis bersyukur kerana program itu berjalan dengan lancar dan mendapat reaksi yang positif daripada kalangan pelajar.

Terima kasih.