Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis kata nafi, iaitu:-

  • Bukan  + KN & KSN
  1. Kata nafi ‘bukan’ digunakan untuk menafikan kata nama (KN) dan kata sendi nama (KSN)
  2. C0ntoh:-

a. Budak itu bukan adik (KN) saya.

b. Hadiah itu bukan untuk (KSN) saya.

  • Tidak + KK & KA
  1. Kata nafi ‘tidak’ digunakan untuk menafikan kata kerja (KK) dan kata adjektif (KA)
  2. Contoh:-

a. Dia tidak berniaga (KK) hari ini.

b. Budak itu tidak jahat. (KA)

JADI….

  1. Cikgu bukan menari tetapi menyanyi.  X
  2. Baju itu bukan besar sangat.   X
  3. Pemain itu tidak dari Kelantan.   X
Advertisements