Archive for Ogos 7, 2009


  • juru > juruwang, juruacara
  • maha > mahasiswa, mahaguru
  • tata > tatabahasa, tatatertib
  • pra > prasejarah, prasangka
  • sub > subgolongan, subtopik
  • eka > ekabahasa, ekawarna
  • dwi > dwitahunan, dwifungsi
  • tri > trigonometri, tribunal
  • panca > pancaindera, pancasila
  • pasca > pascasiswazah, pascakolonial

Kata kerja transitif mestilah diikuti oleh objek (KN). Lihat rumus di bawah:-

  • KKT ——–>Objek (KN)
  • menghadiahkan (KKT) → sepasang baju (Objek /KN)
  • Emak menghadiahkan sepasang baju kepada saya.   √
  • Emak menghadiahkan kepada saya sepasang baju.   Χ
  1. menghadiahkan (KKT)
  2. kepada > bukan objek: kepada ialah kata sendi nama

Tajuk-tajuk petikan ringkasan PMR yang pernah ditanya mengikut tahun ialah:-

  • 2002: Budaya membaca
  • 2003: Faedah bersukan
  • 2004: Pengaruh iklan
  • 2005: Usaha Perdana Menteri untuk membangunkan negara
  • 2006: Langkah berjimat cermat
  • 2007: Perubatan tradisional
  • 2008: Amalan pemakanan yang baik
  • 2009: ?????

Antara soalan / tajuk soalan esei bahan rangsangan (Soalan B) ialah:

  • 2005: Kitar semula
  • 2006: Kebaikan bergotong-royong
  • 2007: Aktiviti sempena pesta flora
  • 2008: Kesan banjir
  • 2009: ?????