Archive for Ogos 8, 2009


Guris / gores …?

Apakah maksud kata ‘guris’? Penulis cuba membelek kamus, namun tiada pun kata berkenaan!

Dalam penggunaan harian, kata guris sering digunakan orang sebagai maksud garis, kesan calaran dan juga menggambarkan hati yang terluka. Contoh penggunaannya:-

  1. Kereta cikgu kena guris.
  2. Gurisan itu sangat dalam.
  3. Hatiku kauguris luka.

SEBENARNYA penggunaan kata ‘guris’ dalam ayat-ayat di atas tidak tepat kerana tidak wujud sama sekali kata ‘guris’ dalam Kamus Dewan Edisi keempat.

SEPATUTNYA kata ‘guris’ itu digantikan dengan kata ‘gores’.

Lihat maksud kata yang hampir sama bunyinya ini:-

  • tonggak = asas, tulang belakang, minum air dengan gelojoh
  • tunggak = hutang/bayaran yang belum dijelaskan
  • togok = batang kayu yang dibuang dahannya

Contoh ayat:-

  1. Amin menjadi tonggak keluarga selepas kematian ayah.
  2. Kerana terlalu dahaga dia menonggak air dari cerek itu.
  3. Dia belum dapat membayar hutangnya yang tertunggak.
  4. Togok kayu itu dibakar untuk mendapatkan arang.

Kata pemeri ‘adalah’ digunakan di depan ‘kata adjektif dan ‘kata sendi nama, lihat rumus di bawah:-

  • adalah + KA (kata adjektif)
  1. Baju itu adalah sangat cantik.
  2. Tembakan itu adalah tepat ke sasaran.
  • adalah + KSN(kata sendi nama)
  1. Pemimpin itu adalah dari Kelantan.
  2. Buku itu adalah untuk pelajar baru.

SEBENARNYA kata pemeri adalah / ialah TIDAK BOLEH digunakan di depan kata kerja (KK).

‘dinasihati’ > kata kerja

JADI….

  • adalah dinasihati   X
  • adalah berdasarkan   X
  • adalah merupakan   X
  • adalah menjadi   X
  • adalah digalakkan   X
  • adalah dimaklumkan   X
  • adalah merujuk   X
  • adalah mengikut   X