Archive for Ogos 9, 2009


Malam tadi perlawanan sempena pembukaan liga musim baru Inggeris, pasukan Manchester United dan pencabar tradisinya iaitu Chelsea seri 2 –2 setelah tamat masa permainan sebenar.

Melalui sepakan penalti, MU tewas 1 – 4 kepada Chelsea.

Penentuan ditentukan melalui sepakan penalti

Persaingan sengit ketika perlawanan..

Senyum kambing ialah simpulan bahasa yang membawa maksud senyum yang dibuat-buat bertujuan untuk mengejek.

Tapi senyuman ini ..... nampak ikhlas sangat!

Tapi senyuman ini ..... nampak ikhlas sangat!

Ronaldo... lincah mengawal bola.

Ronaldo... lincah mengawal bola.

Kelibat Cristiano Ronaldo dalam liga Barclays pasti dirindui jutaan peminat. Kini Ronaldo berpindah ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak £80 milion pound British.

Anugerah yang diterima pada musim 2007-2008:-

  • Barclays Golden Boot
  • Barclays Merit Award
  • Kasut Emas Eropah
  • Penyerang Terbaik Kelab UEFA
  • Pemain Terbaik Kelab UEFA
  • Pemain Dunia Terbaik FIFPro
  • Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008
  • Telah menjaringkan 123 gol sepanjang kerjayanya dari tahun 2002-2008

Komen penulis: Sukan merupakan kerjaya yang lumayan dan sesebutir bintang itu sesungguhnya lahir daripada kesungguhan yang hakiki.

    9 Ogos 2009: Pemain termahal Barcelona Lionel Messi, 22 tahun kini mengikat kontrak baru dengan kelab Barcelona sehingga 2014 dan Messi akan menerima gaji sebanyak RM3.93 juta sebulan.

    Komen penulis: Memang sukan satu perniagaan!

    woo.... kaya dengan bola!

    woo.... kaya dengan bola!


    Petikan statistik:

    • Berdasarkan keputusan SPM 2008, hanya 26.9% calon luar bandar lulus bahasa Inggeris.
    • 73.1% calon luar bandar gagal memperoleh sijil SPM jika kerajaan menggunakan syarat baru lulus SPM iaitu mesti lulus Bahasa Inggeris.

    Ulasan tulisan Kadir Dikoh, Perth, Australia, Berita Minggu: 9 Ogos 2009.

    Remaja yang tercicir daripada arus pendidikan...?

    Remaja yang tercicir daripada arus pendidikan...?

    • Watak Protagonis ialah watak putih atau baik dalam sesebuah cerita. Dalam novel ini antara watak protagonis ialah Pak Wan Busu, Datin Siti Norbayu dan rakan-rakan Budiman seperti Chong dan Chandra.
    • Pak Wan Busu seorang pemuzik buta yang membeli biola milik ayah Budiman. Biola itu dijual oleh Pak Mat Tukang Masak. Dia mempunyai isteri yang tidak buta dan seorang anak perempuan bernama Lina yang juga berminat untuk bermain biola. Beliau seorang yang baik hati dan banyak membantu Budiman bermain alat muzik.
    • Datin Siti Norbayu merupakan pengusaha Sekolah Muzik Lagu Bayu. Beliau berusaha membantu Budiman mempelajari muzik dan lagu moden sebagai persiapan menghadapi pertandingan yang akan disertainya. Walaupun beliau seorang kaya tetapi memiliki hati yang mulia.
    • Chong kawan Budiman …..

    Bening dan ...?

    Bening dan ...?

      Novel ini banyak menonjolkan teknik plot. Antaranya ialah teknik dialog. Contohnya, dialog antara Budiman dengan Pak Jais: “Ada complain apa-apa fasal makan?” “Saya rasa tak ada apa-apa, pak,” “Tapi kawan-kawan kamu yang lain kata, hari ini nasi kurang. Lauk kurang. Kopi pun cair dan tawar….. tak apalah. Nanti saya siasat,” kata Pak Jais lalu pergi.

      Teknik yang kedua ialah teknik imbas kembali yang digunakan untuk menceritakan peristiwa lalu. Contohnya, Budiman teringat akan zaman semasa ibu dan bapanya masih hidup. Dia teringat ketika mereka tinggal di Kampung Tiga.

      Pengarang turut menggunakan teknik saspens dalam novel ini. Contohnya, ketika menimbulkan tanda tanya di hati Budiman dan pembaca akan bunyi gesekan biola siapakah yang didengar pada setiap malam. Akhirnya, persoalan itu terjawab apabila kita mendapat tahu bahawa gesekan biola itu milik Pak Wan Busu.

      Sesetengan kata berimbuhan ber…an telah membawa maksud banyak atau jamak. Oleh itu kata nama sebelumnya tidak perlu digandakan lagi. Lihat contoh di bawah:-

      • belon-belon besar bergantungan SEPATUTNYA belon besar bergantungan
      • bintang-bintang berkerdipan SEPATUTNYA bintang berkerdipan
      • bendera-bendera berkibaran SEPATUTNYA bendera berkibaran
      • daun-daun berguguran SEPATUTNYA daun berguguran
      • monyet-monyet bergayutan SEPATUTNYA monyet bergayutan
      • burung-burung berterbangan SEPATUTNYA burung berterbangan
      • sampah-sampah bertaburan SEPATUTNYA sampah bertaburan
      • lembu-lembu berkeliaran SEPATUTNYA lembu berkeliaran
      • mayat-mayat bergelimpangan SEPATUTNYA mayat bergelimpangan

      Raja buah .... dan farisian

      Raja buah .... dan farisian