Novel ini banyak menonjolkan teknik plot. Antaranya ialah teknik dialog. Contohnya, dialog antara Budiman dengan Pak Jais: “Ada complain apa-apa fasal makan?” “Saya rasa tak ada apa-apa, pak,” “Tapi kawan-kawan kamu yang lain kata, hari ini nasi kurang. Lauk kurang. Kopi pun cair dan tawar….. tak apalah. Nanti saya siasat,” kata Pak Jais lalu pergi.

Teknik yang kedua ialah teknik imbas kembali yang digunakan untuk menceritakan peristiwa lalu. Contohnya, Budiman teringat akan zaman semasa ibu dan bapanya masih hidup. Dia teringat ketika mereka tinggal di Kampung Tiga.

Pengarang turut menggunakan teknik saspens dalam novel ini. Contohnya, ketika menimbulkan tanda tanya di hati Budiman dan pembaca akan bunyi gesekan biola siapakah yang didengar pada setiap malam. Akhirnya, persoalan itu terjawab apabila kita mendapat tahu bahawa gesekan biola itu milik Pak Wan Busu.

About these ads