Sesetengan kata berimbuhan ber…an telah membawa maksud banyak atau jamak. Oleh itu kata nama sebelumnya tidak perlu digandakan lagi. Lihat contoh di bawah:-

  • belon-belon besar bergantungan SEPATUTNYA belon besar bergantungan
  • bintang-bintang berkerdipan SEPATUTNYA bintang berkerdipan
  • bendera-bendera berkibaran SEPATUTNYA bendera berkibaran
  • daun-daun berguguran SEPATUTNYA daun berguguran
  • monyet-monyet bergayutan SEPATUTNYA monyet bergayutan
  • burung-burung berterbangan SEPATUTNYA burung berterbangan
  • sampah-sampah bertaburan SEPATUTNYA sampah bertaburan
  • lembu-lembu berkeliaran SEPATUTNYA lembu berkeliaran
  • mayat-mayat bergelimpangan SEPATUTNYA mayat bergelimpangan

Raja buah .... dan farisian

Raja buah .... dan farisian

    Advertisements