Bahan P & P kelas 4 Alpha: 12.50 – 2.00 (11 Ogos 2009)

Soalan 3(a): Bina ayat

  1. padat
  2. muat
  3. sendat
  4. ligat
  5. longlai
  6. bening

Soalan 3(b):  Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

  1. Kita hendaklah menyiapkan setiap tugasan yang diberikan kepada kita dengan segera.
  2. Encik Ali memagar kawasan rumahnya dengan kawat duri supaya tidak mudah dimasuki pencuri.
  3. Engkau telah menjalankan eksperimen itu dengan baik sekali.

Soalan 3(c):  Kesalahan ejaan dan pengimbuhan.

  1. Pengembala biri-biri itu ditangkap polis kerana terlibat dalam kegiatan penipuan terhadap wargatua.
  2. Seseorang itu tidak wajar campurtangan dalam sebarang pengurusan yang tiada kaitan dengannya.
  3. Kerajaan telah mensasarkan lima puluh peratus pemilikan saham dikuasai oleh bumiputra.

Soalan 3(d):   Kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa.

  1. Ibu-ibu bapa diminta kerap hadir ke sekolah untuk melihat sendiri tentang kebolehpercayaan anaknya dalam pelajaran.
  2. “Tidakkah kamu yang akan mengetuai ekspedisi ke Gunung Tahan itu?” Beritahu Ali kepada kami.
  3. Nicol adalah merupakan pemain wanita terkemuka sekali yang dijemput ke majlis itu.

Soalan 3(e):   Nyatakan peribahasa yang sesuai.

  1. Beg yang dihadiahkan oleh suaminya itu dicampakkan begitu sahaja di bawah meja.
  2. Perkahwinan pasangan artis tersohor itu diadakan secara besar-besaran namun ikatan perkahwinan yang dibina itu putus di tengah jalan.
  3. Setelah pulang daripada menuntut ilmu dalam bidang perubatan, Ariesya mengambil keputusan untuk membantu keluarganya dalam perniagaan perabot.

Advertisements