Archive for Ogos 11, 2009


Sajak: Anak Laut…?

  1. Maksud rangkap 1:-
  • Tiupan angin segar telah mengembalikan kenangan silam anak laut ketika meredah lautan dengan koleknya yang kecil demi mencari rezeki menyara keluarganya.
  1. Maksud rangkap 2:-
  • Seperti koleknya yang tersadai di tepi pantai, anak laut juga sedar akan hakikat bahawa dia sudah tua dan tak mungkin dapat turun ke laut lagi. Dia juga sedar bahawa pada bila-bila masa dia akan kembali kepada-Nya.
  • Tema:- Nelayan tua yang masih merindui kehidupannya sebagai nelayan.
  • Persoalan:-
  1. Kesusahan dan penderitaan nelayan
  2. Kecintaan terhadap laut dan sejarah hidupnya
  3. Kematian yang tidak diketahui masanya

Nelayan tua memerah keringat...?

Nelayan tua memerah keringat...?

Kunjungan Cikgu Jo ke perkampungan asli di Lembah Tualang kerana memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya di kota hampir gagal kerana ketidaksediaannya meninggalkan kehijauan alam semula jadi yang menjadi darah dagingnya selama ini. Tapi, dengan kebijaksanaan Cikgu Jo memujuk, akhirnya membuka mata Daneng.

25 tahun kemudian, Daneng telah dianugerahkan Hadiah Nobel kerana usahanya memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di negara ini. Daneng juga telah dianugerahkan gelaran ‘Datuk’.

Inikah Daneng...?

Inikah Daneng...?

SEKADAR renungan dan iktibar maka penulis mengutarakan soalan yang lazim didengar tapi payah untuk dimengertikan. “Kenapakah Yahudi begitu berkuasa dan begitu berani menafikan hak orang Pelestin?” Tidak takutkah mereka kepada dunia Islam? Bilakah orang Pelestin akan mendapat pembelaan?

HAKIKATNYA orang Yahudi atau Israel memang kuat dan jauh lebih maju dalam pelbagai segi berbanding dengan orang Islam. Walaupun jumlah orang Yahudi di seluruh dunia hanyalah 14 juta orang, bagi seorang Yahudi ada 100 orang Islam (1:100), namun jika dicampurkan semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Kenapakah Yahudi begitu berkuasa? Cuba lihat fakta di bawah dan cuba renung-renungkan:-

  • Kehebatan Yahudi
  1. Nabi Isa ialah seorang Yahudi;
  2. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka seorang Yahudi;
  3. Sigmund Freud, bapa psikoanalisis seorang Yahudi;
  4. Karl Marx, Paul Samuelson dan Milon Friedman juga Yahudi;
  5. Benjamin Rubin, orang yang memperkenalkan jarum suntikan pelalian seorang Yahudi;
  6. Pencipta vaksin polio yang pertama, Johas Salk seorang Yahudi;
  7. Gertrude Ellon, pencipta ubat leukemia seorang Yahudi;
  8. Baruch Blumberg, pencipta vaksin Hepatitis B seorang Yahudi;
  • Lagi kehebatan Yahudi:-
  1. Elle Metchnikoff pemenang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit;
  2. Bernard Katz pemenang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular;
  3. Andrew Schally pemenang Hadiah Nobel  kerana kajian tentang endokrinologi;
  4. Aeron Beck menemukan terapi kognitif (rawatan mental);
  5. Gregory Pincus memperkenalkan pil perancang keluarga pertama;
  6. George Wald pemenang Hadiah Nobel bagi kajian mata manusia;
  7. Standley Cohen memenangi Hadiah Nobel kerana kajian embriologi;
  8. William Kolff mencipta mesin dialisis buah pinggang;
  9. Stanley Mezor mencipta mikrocip yang pertama;
  10. Leo Stlards membangunkan reaktor rangkaian nuklear yang pertama;
  11. Peter Schuttz mencipta kabel gentian optik;
  12. Charles Adler mencipta lampu isyarat;
  13. Benno Strauss mencipta besi tahan karat;
  14. Isador Kises mencipta sistem suara di pawagam;
  15. Emile Berline mencipta mikrofon untuk telefon;
  16. Charles Ginsburg mencipta alat pita rakaman.
  • Pelakon pujaan ramai ialah Yahudi:-
  1. Harrison Ford;
  2. George Burn;
  3. Tony Curtis;
  4. Charles Bronson;
  5. Sandra Bullock;
  6. Paul Newman;
  7. Peter Seller;
  8. Dustin Hoffman;
  9. Michael Douglas dan lain-lain semuanya Yahudi.
  • Pengarah dan penerbit terkenal:
  1. Steven Spielberg;
  2. Mel Brooks;
  3. Oliver Stone;
  4. Aeron Spelling (Baverly Hill 90210);
  5. Nell Simon (The Odd Couple);
  6. Andrew Vaina (Rambo 1,2,3)
  7. Michael Man (Starsky and Hucth)
  8. Ivan Reitman (Ghotbuster) … semuanya ialah Yahudi.
  • Pengaruh Yahudi di Amerika:-
  1. Satu pertubuhan Yahudi (Jawatankuasa Hal-ehwal Awam Amerika Israel) berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan membuat apa saja untuk Israel;
  2. Manusia tercerdik di dunia iaitu William Jam Sidis dengan IQ 250-300 seorang Yahudi;
  • Fakta yang wajar menjadi renungan:-
  1. Orang Islam di dunia sekarang dianggarkan 1,476.233.470 orang memiliki hanya 500 buah universiti: Sebuah universiti untuk setiap 3 juta orang Islam;
  2. Amerika sahaja mempunyai 5,578 buah universiti;
  3. Tiada sebuah pun universiti dari negara Islam yang termasuk dalam 500 terbaik di dunia;

SEBENARNYA banyak lagi fakta yang menonjolkan betapa kita ketinggalan dalam pelbagai segi. Semuanya berpunca daripada SATU faktor, iaitu kurang pendidikan dan ilmu menjadikan kita manusia yang lemah, hina dan kadang-kadang lupa diri.  Untuk bersaing dengan mereka, jawapannya ialah SATU iaitu  …. ILMU PENGETAHUAN bukannya batu dan lastik!!!

Lihatlah dunia Islam yang lesu...?

Lihatlah dunia Islam yang lesu...?