Archive for Ogos 12, 2009


Sekarang ialah masa yang agak sibuk buat bakal calon PMR dan SPM 2009. Jika ada yang rajin menghitung hari, semakin dekat…. semakin dekat dan dekat, dekat. Kepada semua bakal calon peperiksaan, di sini penulis ingin memberikan tip-tip yang mungkin berguna buat bekalan sebelum tibanya peperangan …!

  • Penjagaan kesihatan diri
  1. Utamakan tentang penjagaan kesihatan diri seperti elakkan daripada dihidapi penyakit berbahaya.
  2. Berhati-hati ketika di jalan raya untuk mengelakkan kejadian seperti kemalangan dan sebagainya.
  3. Makanlah makanan yang berkhasiat, banyak meminum air kosong, jauhi sama sekali makanan yang haram dari segi Islam.
  4. Anda digalakkan untuk mengambil makanan tambahan seperti vitamin, buah kurma, anggur kering dan buah-buahan segar.
  5. Elakkan daripada berjaga malam, pastikan tidur yang cukup dan yang penting adakan jadual belajar yang sesuai.
  6. Jagalah kebersihan diri dan jangan lupa beriadah pada waktu petang.
  • Kaedah Belajar Semasa:-
  1. Kini masa yang sesuai untuk aktiviti latihan menjawab soalan atau latihan peperiksaan, utamakan soalan-soalan PMR atau SPM yang lepas-lepas.
  2. Paling penting berilah perhatian yang bersungguh-sungguh ketika guru sedang mengajar.
  3. Catatan ringkas amatlah penting dibuat.
  4. Jadikan guru subjek sebagai rakan karib anda.
  5. Perbincangan dalam kumpulan kecil (2-4 orang) amatlah berfaedah.

DAN yang paling penting kepada pelajar Islam, janganlah lupa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak membaca al-Quran, mendirikan sembahyang sunat hajat dan sebagainya. Jangan lupa untuk banyak berdoa agar diberikan pertolongan oleh Allah nanti.

Membaca biar berkualiti bukannya berkuantiti...?

Membaca biar berkualiti bukannya berkuantiti...?

Masa tidak menunggu kita ...?

Masa tidak menunggu kita ...?


Waspada ...?

Waspada ...?

Wabak bermaksud penularan penyakit yang serius manakala musibah pula bermaksud malapetaka atau bencana yang menimpa kepada sesuatu. Jadi, tajuk di atas sepatutnya Selesema babi: wabak dan musibah…?

Fakta terkini (12 Ogos 2009):

  • 15 Mei 2009 :┬áSelesema babi di negara kita disahkan melalui ujian makmal.
  • 12 Ogos 2009: 38 angka kematian dicatat kerana selesema babi.
  • 2,253 orang ┬ápesakit yang mendapat rawatan kerana disahkan positif wabak selesema babi.
  • Kategori berisiko tinggi mudah dijangkiti ialah wanita hamil, pesakit jantung, pesakit paru-paru kronik, pesakit asma, pesakit kencing manis, obesiti dan mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah.
  • Belum ada vaksin khusus untuk melawan wabak ini.
  • Kementerian Kesihatan menambah simpanan antiviral daripada 10% kepada 20%.
  • Kementerian Kesihatan juga akan membekalkan antiviral Tamiflu ke semua klinik kerajaan.
  • 22 buah hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dan dibekalkan antiviral Tamiflu.

PERSOALANNYA adakah langkah kuarantin seperti yang dilaksanakan sekarang berkesan? Adakah kita telah belajar daripada negara-negara yang terawal diserang wabak ini? Apakah langkah seterusnya jika wabak ini semakin menular?

Sinis.... animasi daripada Utusan Malaysia

Sinis.... animasi daripada Utusan Malaysia

Cerita ini mengisahkan perselisihan dalam sebuah keluarga berpunca daripada perebutan harta pusaka yang diwasiatkan oleh seorang ayah. Terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati (anak tiri) akan wasiat pengagihan harta yang dibacakan oleh peguam.

Anak tiri telah menggunakan pelbagai helah dan tipu muslihat bagi membolehkan dia mendapat harta pusaka itu. Niat jahat itu berjaya dicium oleh salah seorang waris dan mereka berpura-pura dirasuk oleh penunggu tanah pusaka dan akan merasuk ke dalam tubuh sesiapa yang ingin mengganggu tanah pusaka tersebut. Akhirnya, tanah pusaka tersebut berjaya diselamatkan dan menjadi milik waris harta tersebut sebagaimana yang telah diwasiatkan.

Antara watak Drama Penunggu Pusaka:

  • Sulung – anak pertama berusia 25 tahun, taat akan perintah agama tapi mudah termakan pujuk rayu.
  • Alang – anak kedua berusia 21 tahun, hobinya memelihara burung, tegas dengan keputusannya.
  • Busu – anak ketiga berusia 17 tahun, perangai gila-gila bahasa,
  • Ana – anak bongsu berusia 15 tahun, masih bersekolah.
  • Mak Teh – emak saudara berusia 45 tahun, banyak membantu menguruskan anak saudaranya.
  • Lambak – anak tiri berusia 23 tahun, tidak berpuas hati dengan wasiat, ingin merebut harta secara tipu muslihat.
  • Siti – adik kepada Lambak berusia 18 tahun, berperangai tidak elok, gila harta dan merencana tipu muslihat.
  • Peguam – berusia 28 tahun, tugas membaca wasiat.
  • Bomoh – seorang yang bijak memperdayakan pelanggan.
Hantu penunggu tanah pusaka ....he...he..he....!

Hantu penunggu tanah pusaka ....he...he..he....!

  • Permulaan:
  1. Gambaran zaman kanak-kanak (Aziz) yang kehilangan ibu bapa dan ingin ke Pulau Jakun.
  • Perkembangan:
  1. Gambaran perang dunia ke-2, masyarakat membina kubu dan menyimpan makanan, hidup masyarakat tertekan, ada yang terpaksa menggadai maruah.
  • Klimaks:
  1. Jepun memasuki kampung dan bertindak kejam ke atas penduduk, banyak penduduk yang menjadi mangsa kekejaman Jepun.
  • Peleraian:
  1. Penderitaan orang kampung berterusan, Mak Ketong mengajak orang kampung berpindah ke Pulau Jakun untuk menyelamatkan diri dan mencari makanan.

gambar01

  • Permulaan cerita Di Hadapan Pulau:-
  1. Pengarang memperkenalkan watak Aziz yang telah kehilangan ibu bapanya.
  2. Ibu Aziz meninggal dunia ketika dia masih kecil, manakala bapanya terlibat dalam kemalangan.
  3. Diperkenalkan juga watak-watak seperti Afidah, Tuk Marzuki, Zubir dan Raihan.
  4. Aziz bercita-cita hendak menjejakkan kakinya ke pulau kecil yang selalu dilihatnya tetapi tidak pernah dijejakinya.
  • Permulaan cerita Putera Gunung Tahan:-
  1. Pengarang memulakan ceritanya dengan memperkenalkan pahlawan-pahlawan terbilang Pahang.
  2. Putera Gunung Tahan yang kalah dalam peperangan melarikan diri ke puncak Gunung Tahan.
  3. 2 orang sahabat iaitu Robert dan William ditugaskan untuk mencari tempat peranginan baru untuk para pegawai Inggeris di Tanah Melayu.
  4. Kedua-duanya tiba di Kuala Tembeling dari Kuala Lumpur.

Mat Kilau .... antara tokoh pejuang terbilang...

Mat Kilau .... antara tokoh pejuang terbilang...