Waspada ...?

Waspada ...?

Wabak bermaksud penularan penyakit yang serius manakala musibah pula bermaksud malapetaka atau bencana yang menimpa kepada sesuatu. Jadi, tajuk di atas sepatutnya Selesema babi: wabak dan musibah…?

Fakta terkini (12 Ogos 2009):

  • 15 Mei 2009 : Selesema babi di negara kita disahkan melalui ujian makmal.
  • 12 Ogos 2009: 38 angka kematian dicatat kerana selesema babi.
  • 2,253 orang  pesakit yang mendapat rawatan kerana disahkan positif wabak selesema babi.
  • Kategori berisiko tinggi mudah dijangkiti ialah wanita hamil, pesakit jantung, pesakit paru-paru kronik, pesakit asma, pesakit kencing manis, obesiti dan mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah.
  • Belum ada vaksin khusus untuk melawan wabak ini.
  • Kementerian Kesihatan menambah simpanan antiviral daripada 10% kepada 20%.
  • Kementerian Kesihatan juga akan membekalkan antiviral Tamiflu ke semua klinik kerajaan.
  • 22 buah hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dan dibekalkan antiviral Tamiflu.

PERSOALANNYA adakah langkah kuarantin seperti yang dilaksanakan sekarang berkesan? Adakah kita telah belajar daripada negara-negara yang terawal diserang wabak ini? Apakah langkah seterusnya jika wabak ini semakin menular?

Sinis.... animasi daripada Utusan Malaysia

Sinis.... animasi daripada Utusan Malaysia