Cerita ini mengisahkan perselisihan dalam sebuah keluarga berpunca daripada perebutan harta pusaka yang diwasiatkan oleh seorang ayah. Terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati (anak tiri) akan wasiat pengagihan harta yang dibacakan oleh peguam.

Anak tiri telah menggunakan pelbagai helah dan tipu muslihat bagi membolehkan dia mendapat harta pusaka itu. Niat jahat itu berjaya dicium oleh salah seorang waris dan mereka berpura-pura dirasuk oleh penunggu tanah pusaka dan akan merasuk ke dalam tubuh sesiapa yang ingin mengganggu tanah pusaka tersebut. Akhirnya, tanah pusaka tersebut berjaya diselamatkan dan menjadi milik waris harta tersebut sebagaimana yang telah diwasiatkan.

Antara watak Drama Penunggu Pusaka:

  • Sulung – anak pertama berusia 25 tahun, taat akan perintah agama tapi mudah termakan pujuk rayu.
  • Alang – anak kedua berusia 21 tahun, hobinya memelihara burung, tegas dengan keputusannya.
  • Busu – anak ketiga berusia 17 tahun, perangai gila-gila bahasa,
  • Ana – anak bongsu berusia 15 tahun, masih bersekolah.
  • Mak Teh – emak saudara berusia 45 tahun, banyak membantu menguruskan anak saudaranya.
  • Lambak – anak tiri berusia 23 tahun, tidak berpuas hati dengan wasiat, ingin merebut harta secara tipu muslihat.
  • Siti – adik kepada Lambak berusia 18 tahun, berperangai tidak elok, gila harta dan merencana tipu muslihat.
  • Peguam – berusia 28 tahun, tugas membaca wasiat.
  • Bomoh – seorang yang bijak memperdayakan pelanggan.
Hantu penunggu tanah pusaka ....he...he..he....!

Hantu penunggu tanah pusaka ....he...he..he....!

Advertisements